Kadang kala hati kita gelisah, kita kesunyian. Adakalanya kita hanya sendiri walaupun dikelilingi beribu insan. Fikiran bercelaru, kita tak tahu dimana kedudukan kita, kita tak sedar dunia ini berputar, kita sukar membuat keputusan. Dalam dingin kita terasa panas, dalam diam hati kita meraung kesakitan. Manusia sering lupa dan alpa, kita kaku tak terkata. Apa yang terlihat, apa yang tersurat buat kita takut hadapi masa depan. Adakalanya kita berfikir dunia ini terlalu kejam. Manusia tidak lagi punya sifat perikemanusiaan sedangkan begitu mereka ditakdirkan. Kaki melangkah tanpa arah. Genggaman tangan semakin erat tanda kita ketakutan. Setiap saat ujian tak pernah menghilang. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Ibarat hujan beserta ribut. Semakin hari, ujian yang datang semakin deras. Kita mengumpul kekuatan agar tidak lemah dipertengahan jalan. Namun, dengan kuasa Tuhan apa pun yang kita cuba elakkan pasti akan menjadi kenyataan bila Tuhan berkehendak. Namun, sepanjang nyawa bersama jasad selama itulah kita dihadiri dengan pelbagai ujian. Kadang-kala kita punya kekuatan, adakalanya kita jatuh tersungkur. Namun, kita bangkit untuk terus berjalan hingga nyawa tidak lagi bersama jasad. Kita bermain dengan permainan dunia sampai satu saat kita lupa tujuan sebenar hidup ini. Iman seseorang ada naik turunnya. Kerana itu manusia tidak pernah lari dari dosa dan pahala. Semakin dewasa pemikiran seorang manusia itu, semakin banyak ia mengumpul kekuatan kerana baginya dunia ini tidak semudah yang kita jangka. Kekuatan yang kita peroleh tak pernah cukup. Setiap sesuatu ada tahap tertentu. Begitu juga kesabaran seseorang ada hadnya. Hari demi hari kita menadah tangan, kita mengadap Maha Esa. Disitu kita memohon petunjuk dan kekuatan kerana apa yang kita ada dan tahu belum cukup untuk kita teruskan hidup. Walaupun ujian itu suatu yang Allah turunkan buat hambanya bersesuaian dengannya namun tanpa Allah kita takkan mampu tempuhi ujian itu. Lalu jangan pernah berhenti meminta kerana Allah Maha Penyayang. DIA takkan lupa pada setiap yang meminta cuma perbezaannya adalah bagaimana kita akan perolehinya. Allah sentiasa merancang yang terbaik buat setiap hamba-hambanya. Semua ini berasal dari kegelisahan. Kegelisahan hadir bersebab, ubatilah sebelum menjadi lebih parah kerana perasaan itu akan membuat hidup seorang manusia itu tidak menentu. Bertanya pada hati adakah kita telah rosakkannya, berfikir dengan akal untuk cari jalan penyelesaian. Berdoa pada tuhan untuk peroleh kekuatan.
Wednesday, July 13, 2011
Monday, July 11, 2011
Ujian dan Cabaran
Setiap detik dan saat yang kte perolehi dipenuhi dan dihujani dengan pelbagai ujian dan cabaran. Hari-hari yang kita lepasi membuat kita lebih kuat dan juga buat kita kenal erti sebuah kehidupan dan buat kita sedar betapa beharganya setiap peluang. Jalan hidup ini terlalu banyak simpang. Sekali bila kita salah kita tak mampu berundur. Hanya mampu meneruskan perjalanan. Dan bila kita mulai sedar jalan itu bukan yang sepatutnya kita lalui jangan pernah lupa untuk mengubah laluan. Kita mampu, terutama bila Allah bersama. Allah tak pernah jauh dari hambanya cuma kita sahaja yang menjauhkan diri darinya. Kadang-kala peristiwa buruk mencelah dalam hidup kita. Namun, tidak semua itu memberikan pengakhiran yang buruk walaupun pada dasarnya kita sakit. Kesakitan dan keperitan itu yang membuat kita kenal hidup tak semudah yang kita sangka. Dunia ini hanya sementara, dan manusia takkan lari dari sikap lalai dan lupa. Allah sentiasa berada dekat dengan hambany yang ingin dekat denganNya. Allah juga sentiasa dekat dengan insan yang semakin jauh dariNya kerana Allah juga tak mungkin berkehendakkan hamba-hambaNya berakhir dengan dosa dan neraka. Samada kita sedar atau tidak, Allah sentiasa memberi hamba-hambanya petunjuk dan kekuatan untuk kembali ke jalan yang benar. Namun, kejadian dan peristiwa yang berlaku diatas muka bumi ini tak semestinya berakhir dengan baik. Jika tidak mengapa perlu ada dosa dan pahala. Neraka dan Syurga. Allah beri kita pilihan, kita perlu membuat keputusan. Namun Allah yang menentukan pengakhiran. Baik atau buruk hanya Allah yang mampu tentukan. Manusia pasti akan ada yang salah membuat pilihan namun setiap pilihan itu punya isi yang kita tak tahu. Namun, bila diteliti baik buruk setiap yang berlaku kita akan mulai sedar betapa Allah menyanyi hamba-hambaNya.
Friday, July 1, 2011
Kepercayaan
Stress... Asalnya bila manusia terlalu memikirkan tentang isu-isu kehidupan. Manusia sering membebankan fikiran mereka dengan masalah dan keresahan. Hidup ini penuh dengan misteri . Apa yang bakal berlaku buat kita tak sabar menunggu hari esok. Adakah semua itu akan menjadi kenyataan, mungkinkah aku akan Berjaya atau gagal. Kita sering memikirkan apa yang akan berlaku sedangkan kita tahu apa pun yang berlaku bukan ditangan kita tapi takdir Allah. Allah menentukan segala. Manusia mulai terpikir tentang masa hadapan kerana kita takut menghadapi cabaran. Kita takut sesuatu yang buruk berlaku dan untuk itu kita cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada semua itu terjadi. Manusia hanya mampu merancang, jadi kenapa harus kita bebankan fikiran akan apa yang bakal berlau dimasa hadapan. Dalam hidup ini semestinya kita perlu fikir akan akibat setiap perbuatan dan pilihan yang kita buat. Namun jangan runsingkan fikiran dengan hasil yang bakal kita peroleh. Kita telah usahakan apa yang kita mampu. Yang lainnya adalah ditangan Allah. Kadangkala kita takut untuk tempuh hari mendatang. Kita tak yakin kita mampu hadapinya kerana kita lemah. Kita juga mungkin kalah dengan ujian yang Allah turunkan buat kita. Semua ini bermula bila kita mula berfikir kita tak boleh, aku lemah, aku tak kuat. Kita dah menyerah kalah sebelum kita berjuang. Ada kata-kata yang menyatakan bahawa. Manusia itu sudahpun kalah jika mereka berfikiran mereka kalah. Jadi kuatkan hati, tegaskan fikiran. Sekalipun kita lemah jangan pernah berputus asa kerana disitulah bermulanya kegagalan. Allah turunkan ujian kerana DIA tahu akan setiap lebih dan kurang setiap hamba-hambanya. Percayalah pada Allah, Allah takkan mungkin musnahkan apa yang telah Allah ciptakan. Allah tahu segala sesuatu. Kita hanya cari penyakit bila kita cuba untuk melakukan kerja Tuhan. Kerana yang Maha Berkuasa itu hanya Allah. Dia jugalah yang Maha Bijaksana.
Monday, June 13, 2011
Episod Hidup
Masa yang dah berlalu takkan mungkin kembali. Sesuatu yang telah pun tersurat takkan mungkin dapat disembunyikan lagi. Takkan mungkin dapat kita ulangi. Apa yang kita mampu adalah meneruskan perjalanan. Menyesal dikemudian tiada gunanya. Kita hanya mampu untuk menerima kenyataan bahawa ia telah pun ditakdirkan. Sekalipun takdir itu kehendak Allah. Namun kita diberi peluang untuk mengubahnya iaitu dengan berusaha. Jika usaha itu masih tak dapat mengubah apa-apa itu kerana Allah telah merancang yang lebih baik buat hambanya. Kita kenal siapa diri kita tapi Allah mengetahui segalanya. Kerana kepada DIA jugalah kita mengadu dan meminta. Allah tahu setiap keinginan hamba-hambanya. Jangan sesekali kita berputus asa dengan DIA. Mahupun terlalu banyak luka yang kita dapat, setiap darinya punya hikmah yang tersendiri. Terlalu banyak jalan yang boleh kita pilih. Jangan terlalu berfikir apa yang akan terjadi dimasa hadapan. Baik buruknya segala sesuatu Allah yang menentukan. Perasaan sesal perlu ada pada setiap manusia. Namun, jangan hantui diri dan hati dengan pemikiran seperti itu selamanya. Menyesal adalah tanda kita sedar di mana silapnya kita. Jika ia menyelubungi hati manusia, hilang selera, bermuram durja dan bermendung lah manusia itu. Hidup ini perlu diteruskan sekalipun kita pernah melakukan kesilapan. Kuatkan hati dan akal kerana pada masa hadapan dugaan yang bakal kita tempuh mungkin lebih berat dari apa yang kita lalui sekarang. Terjadinya episod hari ini untuk mengindahkan lagi episod hidup di masa akan datang. Inilah filem kehidupan, adakalanya ia menggembirakan, ada juga yang amat menyakitkan. Yang pasti pengakhiran nya filem ini adalah ditangan kita sendiri. Kita yang menentukan. Tapi takdir Allah menjadi penamat kisah kehidupan. Hidup ini hanya sekali, tak mungkin dapat kita milikinya seperti apa yang kita miliki sekarang. Do something to make it special.
Apa ada pada hati???
Dimana letaknya hati? Di dalam tubuh manusia. Di mana ia tersimpan? Pada jantung. Benarkah atau kerana jantung adalah simbol manusia itu bernyawa. Mana pula datangnya nyawa? Boleh dilihat atau kita hanya rasa ia ada. Persoalan ini sering ditanya. Adakah jawapan untuk semua ini persoalan ini. Jika hati ini ada pada jantung. Jantung terisi dengan darah dan oksigen. Jadi dimana letak nya perasaan CINTA, KASIH dan SAYANG? Perasaan yang bukan mudah untuk diluahkan dengan kata-kata. Namun kita ketahui ia dengan melihat dengan mata dan merasa dengan hati, betapa hebatnya kuasa Allah menganugerahkan perasaan itu buat hamba-hambanya. Apakah tanda kasihnya kita pada seseorang. Adakah dengan berkorban atau menunjukkan rasa sayang. Jika benar, bagaimana pula sayang. Perlukah ia kita korbankan demi insan yang kita sayang atau perlukah kita kejar demi mempertahankan kaish sayang itu. Duni-dunia, sering bermain dengan perasaan. Bila manusia kalah pada emosi, hilang kewarasan. Yang menyedihkan lagi bila maruah pula yang tergadai. Manusia pasti merasai mati, namun biarlah kita mati dengan maruah yang terjaga. Biar hidup kita benar-benar bermakna. Cinta, Kasih dan Sayang adakalanya boleh membuat manusia sengsara. Kesakitan yang susah untuk mendapatkan. Namun, setiap masalah ada jalannya iaitu kembali pada yang Esa. Dia yang mencipta segala. Jadi Allah tahu jalannnya. Kerana dia Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Jangan sesekali sesal dengan apa yang berlaku. Hati ini sering diuji demi menguatkan lagi diri. Allah sentiasa disisi sekalipun kita sendiri.
Sunday, June 12, 2011
Ikatan Persahabatan
Persahabatan bukan sesuatu yang dapat kita beli. Tidak ternilai harga sebuah persahabatan. Ia kukuh jika dipupuk, ia rapuh bila hati tak bersatu. Persahabatan berasakan kepercayaan dan kejujuran. Bukan mudah untuk memupuk persahabatan jika masing-masing pentingkan perasaan sendiri tanpa ada rasa ingin bekorban. Kadangkala kita perlu bekorban demi sebuah persahabatan. Sekalipun hati sakit, jiwa merana, badan binasa kita tak pernah menginginkan persahabatan yang telah lama kita semai layu dipertengahan jalan. Persahabatan mengenalkan kita erti pengorbanan, erti kasih dan sayang. Persahabatan wujud bila timbul rasa sayang. Sekalipun angin bertiup kencang, sekalipun taufan datang menyerang, sekalipun lemas di lautan dalam. persahabatan takkan pernah hilang jika hati masih ingin ia kekal. Adakalanya kita merasakan dunia ini kejam. Terlalu banyak jalan berduri yang perlu ditempuhi. Semua ini kadangkala meragut kekukuhan persahabatan yang kita bina. Namun, jika manusia cekal dan bergantung padaNYA tiada yang mustahil. Allah itu maha adil, sekalipun terpisah timur dan barat. Jika Allah berkehendak, pasti ketemu jua. Hidup ini cukup indah, hadirnya sahabat penyeri waktu duka, hadirnya teman menyinarkan cahaya. Sekalipun hidup bersendirian, suatu masa nanti pasti ketemu juga insan bergelar sahabat. Disitulah lahirnya persahabatan. Setiap manusia pasti memilikinya. Oleh itu, jangan persiakannya, kerana sahabat dan persahabatan bukan sesuatu yang dapat kita peroleh dengan wang berjuta. Ia adalah anugerah yang sangat beharga.
Thursday, June 9, 2011
Nilai Sebuah Ilmu
Hidup ini masih banyak Ilmu yang belum kita ketahui. Namun, untuk memiliki setiap ilmu itu tidak akan mungkin kita boleh. Ilmu yang Allah turunkan terlalu banyak dan tidak boleh dihitung. Sebanyak mana pun ilmu yang kita ada ia hanya ibarat setitik air dari lautan. Begitu besarnya nilai sebuah ilmu itu. Manusia sentiasa berpeluang untuk menuntut segala ilmu yang ada namun ada diantara kita yang tak hargai ilmu yang mereka ada. Peluang dibazirkan begitu sahaja. Sampai satu masa kita akan merasa letih, letih berusaha untuk mendapatkan sebuku ilmu. Dan bila saat itu tiba, ilmu yang ada terabai begitu sahaja. Ilmu yang kita peroleh hendaklah kita praktikan dan kita asah sehingga tajam. "No body can be perfect but we can do as best as we can. We try to be the best among the best. We need to deal with this challenge". Dalam mencari ilmu, banyak dugaan yang akan kita tempuh. Oleh disebabkan hal ini, manusia mengalah untuk mendapatkan ilmu. Kerana cabaran itu bukan sahaja menyakitkan adakalanya ia memaksa kita untuk bekorban. Namun, bagi yang mengenal nilai ilmu itu mereka tetap beusaha untuk memilikinya. Sekecil mana pun ilmu itu, nilainya adalah sangat tinggi dan tak mampu kita beli tanpa kita berusaha mendapatkannya. Segala dugaan yang kita tempuh, kesusahan dan kesakitan yang kita rasa menaikkan lagi nilai sesebuah ilmu itu. Kerana itulah nilai titik peluh dan keringat kita selama ini. Bila zaman serba canggih ini, dimana-mana dan dengan bermacam cara kita boleh mendapatkan ilmu. Namun harus kita ingat, ilmu itu sesuatu yang amat bernilai dan jangan sesekali kita sia-siakan. Allah tidak pernah menghalang hambanya untuk menuntut sebanyak mana pun ilmu didunia ini. Kerana itu juga salah satu tujuan kita. Ilmu ini terbahagi kepada dua. Ilmu DUNIA dan Ilmu AKHIRAT. Jangan pernah berat sebelah. Dalam menuntut ilmu adakalanya kita tamak. Namun jangan keterlaluan. Ilmu takkan lari. Namun jangan pula kita sia-siakan peluang yang ada. Berusaha untuk memilikinya. Kerana ilmu itu sangt berguna bukan sahaja kepada kita tapi kepada semua.
Tuesday, June 7, 2011
Antonym
Hari-hari yang berlalu menyimpan sejarah. Adakalanya ia indah, adakalanya ia amat menyakitkan. Namun, begitulah lumrah hidup seorang manusia. Mana mungkin kte mampu kawal semua perkara. Hanya Allah penentu segala. Namun takdir itu bisa berubah jika kte berusaha untuknya. Tapi, jika usaha itu tidak memberi hasil yang seperti kte harapkan jangan lah berduka dan kecewa. Adakalnya Allah cuba menguji hambanya. Kte harus tetap kuat hadapi segala ujian darinya. Kerana ia tanda bahawa Allah sayangkan hamba-hambanya. Setiap ujian yang datang itu Allah tahu hambanya pasti mampu. Cuma adakalanya kte kurang keyakinan, kte kurang kesedaran bahawa Allah sentiasa bersama. Sebenarnya, kte tahu Allah ada dan Allah sentiasa bersama kita walau dalam keadaan apa sekalipun Allah tidak pernah jauh dari hambanya cuma sbgai manusia kte punya nafsu dan keinginan dan sekeliling kte terlalu banyak bisikan yang membuatkan kte lari dari kebaikan dan lupa padaNYA. Bak kata orang, untuk mendapatkan yang baik memang susah. Kte perlu berkorban, kte perlu merasa sakit. Namun, dari situlah baru kte ketahui betapa bernilainya sesuatu. Tapi manusia sering mencari jalan mudah. Allah jadikan panas, hujan, ribut, taufan pasti bersebab. Sekalipun adakalanya ia menyusahkan namun adakalnya ia juga amat berguna. Setiap perkara ada baik dan buruknya. Setiap perkara yang terjadi itu ada hikmahnya. Dari situ, baru kte sedar betapa kerdilnya kte da betapa besarnya kuasa Maha Esa.
Sunday, June 5, 2011
Pemberian
Setiap hari kte memperoleh secebis pemberian yang amat bernilai iaitu pengalaman. Pengalaman bukanlah sesuatu yang boleh kte peroleh hanya dengan melihat atau mendengar. Tapi ia adalah sesuatu yang kte rasa. Hari-hari kte lalui tidak pernah bernilai ZERO. Pasti ada sesuatu yang kte peroleh. Sama ada ia sesuatu kebaikan atau pun kesusahan tapi ia sesuatu yang amat bernilai. Tuhan sentiasa inginkan yang terbaik buat hamba-hambanya. Adakalanya kte tdak sedar akan semua itu. Namun, diakhirnya nanti kte pasti akan mengerti. Hidup ini adakalanya berselindungkan kepura-puraan. Asalnya sesuatu perkara itu dapat kte ubah sekelip mata jika kte mampu untuk berpura-pura. Anehnya, manusia lebih banyak cenderung kearah berpura-pura. Sedangkan realiti sudah banyak memberi kesakitan mengapa pula harus berpura-pura hanya sekadar untuk sembunyikan perasaan. Perasaan, sesuatu yang tak dapat kte lihat,rasa atau dengar. Ajaibnya, kte akan ketahui jua melalui bisikan yang kte tdak pernah ketahui dari mana arahnya. Bisikan itu buat kte kenal dah faham apa yang kita rasa. Hidup ini tidak boleh bergantung pada hati semata-mata. Kte perlu fikir baik buruknya. Disitu lah dimana kte gunakan akal fikiran yang Allah berikan. Mampukah hati untuk kuat dimana ujian tak pernah berhenti kunjung tiba. Mampukah iman memelihara apa yang diamanahkan kepada kita. Mampukan badan ini kuat hadapai segalanya yang melanda. kakuatan tak mungkin dapat dieproleh dengan tubuh badan yang sasa, akal yang bijaksana dan wang berjuta. salah satu punca kekuatan seseorang manusia adalah bagaimana hati mereka tetap teguh hadapi segala ujian yang datang melanda. Bukan mudah untuk memproleh kekuatan. Kekuatan itu ibarat tumbuhan, untuk melihat ia membesar dengan baik kte perlu baja ia, segarkannya dengan siraman air mutiara dan ia perlu disinari dengan cahaya yang membara. Pada dasarnya kekuatan itu adalah dariNYA. Bila manusia telah peroleh apa yang mereka harapkan mereka terlupa dari mana asalnya pemberian itu, siapa pemilik asalnya. Apa yang kte pinta InsayaAllah bakal dimakbulkan oleh nya. Cuma bagaimana ia hadir dalam hidup kita tak dapat kita tafsirkannya. Pemberian itu suatu beharga. Kte tak mungkin dapat menukarnya dengan hanya menyebut harga. Hargailah ia, sekalipun kte tak mampu buat apa-apa, percayalah anugerah dari Allah pasti akan tiba. Tabahkan lah jiwa untuk bersabar buat seketika. Pertolongan Allah pasti akan menerpa, meringankan segala beban yang kita tanggung. Allah Maha Agung, DIA maha mengetahui segala sesuatu.
Tuesday, May 31, 2011
Perlumbaan Dunia
Hidup ini ibarat sebuah perlumbaan. Semua mengejar impian masing-masing. Kita bersaing demi mendapatkan apa yang kita harap-harapkan. Tapi kita tak mungkin akan sentiasa berada dihadapan. Adakalanya kita harapan yang kita kejarkan putus dipertengahan. Sudah menjadi lumrah dalam sebuah perlumbaan ada menang dan kalahnya. Adakalanya kita menang, kita capai apa yang kita harapkan. Begitu indah nya senyuman yang kita lemparkan. Kita membawa insan2x lain disekeliling kita merasai kejayaan yang kita miliki. Namun, adaklanya kita kalah. Disitu kita mengenal erti hampa, sedih dan kecewa. Adakalnya kita fikir dunia ini kejam terhadap kita. Kita mula menyalahkan dunia, menunding jari pada insan lain disekeliling kita. Tapi kenapa kita tak pernah lupa untuk menunding pada diri sendiri. Manusia sering terpengaruh dengan sikap ini. Ada diantara kita ini tak sanggup untuk hadapi hari yang begitu menyakitkan. Kita bgitu yakin "semua ini bukan silapku. Aku dah lakukan yang terbaik.Tapi kenapa? kenapa perlu begini jadinya". Kita mula mempesoalkan semuanya. Manusia takkan mampu untuk maju sekiranya diri masih menyelahkan org lain bukan diri sendiri. Pernahkah agaknya kita terpikir ini semua salah kita..."Kalaulah sebelum ini..." Sekiranya aku begini...", "Kenapalah aku tak buat begini". Kemudian keluarlah kata-kta tadi. Bila nasi dah jadi bubur, apa lagi yang mampu kita lakukan. Berserah sajalah, Allah itu Maha Adil.Apa yang kita perolehi adalah selayaknya untuk kita. Adakalanya Allah turunkan hujan, kita t ercari-cari kemana hilangnya Matahati, rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi. Anugerah Allah itu sangt besar nilainya.Cme kadang-kala manusia yang buta dan tidak tahu menilainya.
Monday, May 23, 2011
DOA
Hidup ini penuh dengan kejutan. Kita menyangka panas berpanjangan, namun adakalanya hujan tiba. Suasana bertukar menjadi dingin. Hati manusia ini ibarat cuaca. Akalanya panas, kemudian redup kerana awan menutupi sang mentari. kadangkala hujan mencurah dan dingin sekali. Semua ini yang membuat kehidupan kita di dunia ini terasa indah dan lengkap. Walaupun dunia ini sementara tapi Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hamba-hambanya. Sekalipun ada saat-saat dimana kita hadapi kesukaran namun disitulah bermulanya kehidupan. Manusia diberi ujian, pengalaman itu membuatkan kita kenal erti kehidupan. Walaupun hidup ini adakalanya amat menyakitkan, namun Allah itu Maha adil dan tidak sekalipun Allah kejam terhadap hamba-hambanya. Cuma adakalanya Allah turunkan ujian buat hambanya untuk melihat bagaimana seseorang itu berserah padanya dan usaha mereka untuk lewati jalan hidup yang berliku. Sebagai seorang manusia, kita juga pasti ingin ketahui betapa orang yang kita sayangi kasihkan diri kita, begitu juga la Allah sedangkan DIA tahu bagaimana isi hati setiap hamba-hambanya. Setiap ujian itu bukanlah untuk menyeksa kita malah ia beri kita pengajaran. Dan sentiasalah berfikiran positif sekalipun kita terbenam dilautan yang dalam, dekelilingi api yang marak, ditiup sang taufan. Percayalah Allah sentiasa ada bersama. Sedangkan nabi Yunus tetap bernyawa walaupun berada dalam perut ikan Nun begitu lama. Senjatanya hanya lah DOA. Oleh itu, jangan sesekali kita berputus asa dengan Allah. Kerana Allah tidak akan pernah menghampakan hamba yang beriman kepadanya.
Rasulullah bersabda maksudnya: "Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun." Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."
Monday, May 2, 2011
KEMBALI
Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Begitulah juga manusia setiap yang hidup pasti akan mati, Cuma bila, di mana dan bagaimana sahaja yang tidak kita ketahui. Air mata menjadi simbul kesedihan dan keperitan dihati namun hidup dan mati nya sesuatu itu bukan kehendak kita malam kita tak mampu mengubahnya. Manusi dijadikan dari tanah akhirnya ia kembali kepad tanah jua. Hidup ini sebenarnya terlalu singkat. Sekalipun telah bertahun-tahun kaki memijak bumi yang nyata ini namun terlalu banyak yang masih belum kita ketahui. Namun bersyukurlah kerana sehingga kini roh masih bersatu dengan jasad. Kesakitan bila hilang nya orang yang tersayang sungguh menyakitkan. Namun Allah lebih menyayangi nya. Kasih sayang Allah tiada tolok bandingnya dengan insane seperti kita. Pada yang masih bernyawa jagan sia-sia kan masa yang ada. Dunia ini penuh dengan isi yang belum terungkai. Pada yang telah pergi meninggalkan kita berdoalah agar mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Friday, April 29, 2011
MASA
Dalam hidup ini kadangkala kita tak pernah ketahui setiap yang berlaku tersembunyi hikmah nya yang tersendiri, manusia sering kali lupa bahawa dunia ini hanya sementara. Manusia sering lupa setiap waktu itu amat bernilai harganya. Ketika waktu berlalu jauh meninggalkan kita baru kita sedar detik-detik yang pernah kita miliki menyimpan secebis harapan. Namun relitinya dunia ini tidak membenarkan masa yang sama berulang kembali, jarum saat jam takkan berputar melawan arah. Sekalipun malam dan siang berganti namun masa takkan pernah akan berulang tapi petanda bahawa masa kita diatas muka bumi ini semakin berkurang. Sekalipun masih banyak kazanah dunia yang masih belum kita terokai namun jika kehendakNYA untuk kita kembali kesisinya tiada siapa yang dapat menghalang. Namun Allah sering beri peluang buat hambanya untuk terokai kazanah dunia yang DIA ciptakan. Jika yag mati dapat hidup kembali, pasti mereka igin bermula di awal hidup seorang manusia kerana mereka ketahui betapa singkatnya hidup ini dan betapa bernilainya saat-saat di dunia ini. Sekiranya kita gagal hargai waktu itu janganlah berputus asa dan menyesal kerana manusia itu tidak sempurna. Adakalanya kita terbabas dipertengahan jalan. Jika Allah masih sayangkan hambanya pasti DIA suluhkan cahaya kearah jalan yang benar. Dari itu, hargailah masa yang kita perolehi dan jangan sekali-kali kita sia-siakan. Jika langkah terhenti berdoa kepadanya agar kaki ini tetap kuat melangkah dalam menghadapi segala ujian dan cabaran. Sesungguhnya dunia ini begitu banyak pancaroba sehinggakan kaki yang kuat melangkah kaku dipertengahan jalan.
Thursday, April 28, 2011
Kehendak NYA
Disaat mentari mula bercahaya,
Hujan mencurah mendungkan cuaca,
Disaat bibir mula mengukir senyuman,
Air mata pula jatuh berlinangan,
Bintang berkelipan menghiasi awan,
Peneman setia hati-hati yang rawan,
Titisan hujan memecahkan kesunyian,
Mengisi jiwa-jiwa yang kekosongan,
Dikala hati tercari-cari warna,
pelangi muncul menenangkan jiwa,
Disaat manusia kehilangan arah,
Jangan mudah menyerah kalah,
Kerna adanya Allah untuk kita,
Adanya kita kerana DIA...
Hujan mencurah mendungkan cuaca,
Disaat bibir mula mengukir senyuman,
Air mata pula jatuh berlinangan,
Bintang berkelipan menghiasi awan,
Peneman setia hati-hati yang rawan,
Titisan hujan memecahkan kesunyian,
Mengisi jiwa-jiwa yang kekosongan,
Dikala hati tercari-cari warna,
pelangi muncul menenangkan jiwa,
Disaat manusia kehilangan arah,
Jangan mudah menyerah kalah,
Kerna adanya Allah untuk kita,
Adanya kita kerana DIA...
Wednesday, February 16, 2011
THE CHOSEN ONE
Maher Zain
In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله
You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One
"Salam Maulidur Rasul"
In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله
You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One
"Salam Maulidur Rasul"
Thursday, February 10, 2011
Redha
“Jika seseorang itu hadir dalam hidup kita.Dan menjadi sebahagian dari hidup kita.Tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.Jangan lah terlalu sedih dan hampa.Terimalah kenyataan itu sekurang-kurangya dia pernah membahagiakan kita.Redha adalah jalan sebaiknya”
Pemberiannya
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari
Dia datangkan petir dan kilat
Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari
Rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi
Kadang-kadang kita lupa wujudnya neraka
Hari-hari yang dilalui dipenuhi dengan dosa
Kita lalai, alpa dan lupa
Namun Dia sentiasa memberi peluang kedua
Kadang-kadang Allah turunkan musibah
Tanda kasih Nya kepada hamba
Kita mula menunjukkan rasa resah
Tapi sayang kita lupa meminta jalan darinya
Dia datangkan petir dan kilat
Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari
Rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi
Kadang-kadang kita lupa wujudnya neraka
Hari-hari yang dilalui dipenuhi dengan dosa
Kita lalai, alpa dan lupa
Namun Dia sentiasa memberi peluang kedua
Kadang-kadang Allah turunkan musibah
Tanda kasih Nya kepada hamba
Kita mula menunjukkan rasa resah
Tapi sayang kita lupa meminta jalan darinya
Tuesday, January 4, 2011
The Miracle of Life
Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..
Maher Zain - Open Your Eyes
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..
Maher Zain - Open Your Eyes
Monday, January 3, 2011
Permulaan dan Pengakhiran
Setiap kejadian itu ada permulaan dan pengakhiran.Pengakhiran sesuatu kejadian merupakan satu permulaan yang baru... Tidak semestinya yang mulanya baik akhirnya akan baik juga dan tidak semestinya mulanya buruk bakal buruk juga akhirnya.Tapi sebagai manusia kita yang menentukan sama ada ia akan berakhir dengan buruk atau baik.Kita perlu tabah dalam menghadapi ujian, setiap benda ada harganya.Dari itu, berusahalah dengan bersungguh hati untuk mencipta sesuatu kebaikan.Janganlah mudah berputus asa kerana itu adalah permulaan kepada kegagalan. Namun jika kita benar-benar lemah mohonlah pertunjuk dari yang Maha Esa, sesungghunya setiap ujian itu datang dariNYA.
IMPIAN TERLAKSANA
Bermula dengan angan-angan
Terciptanya sebuah IMPIAN
Demi mencapai IMPIAN
Merelakan diri menempuh UJIAN
Untuk melepasi segala UJIAN
Perlu wujud nilai KETABAHAN
Dengan KETABAHAN maka lahir KEJAYAAN
Lahirnya sebuah KEJAYAAN
Mewujudkan manusia bergelar INSAN
Dengan izin mu Tuhan
Maka lahirlah INSAN yang CEMERLANG
Terciptanya sebuah IMPIAN
Demi mencapai IMPIAN
Merelakan diri menempuh UJIAN
Untuk melepasi segala UJIAN
Perlu wujud nilai KETABAHAN
Dengan KETABAHAN maka lahir KEJAYAAN
Lahirnya sebuah KEJAYAAN
Mewujudkan manusia bergelar INSAN
Dengan izin mu Tuhan
Maka lahirlah INSAN yang CEMERLANG
Subscribe to:
Posts (Atom)