Tuesday, May 31, 2011

Perlumbaan Dunia

Hidup ini ibarat sebuah perlumbaan. Semua mengejar impian masing-masing. Kita bersaing demi mendapatkan apa yang kita harap-harapkan. Tapi kita tak mungkin akan sentiasa berada dihadapan. Adakalanya kita harapan yang kita kejarkan putus dipertengahan. Sudah menjadi lumrah dalam sebuah perlumbaan ada menang dan kalahnya. Adakalanya kita menang, kita capai apa yang kita harapkan. Begitu indah nya senyuman yang kita lemparkan. Kita membawa insan2x lain disekeliling kita merasai kejayaan yang kita miliki. Namun, adaklanya kita kalah. Disitu kita mengenal erti hampa, sedih dan kecewa. Adakalnya kita fikir dunia ini kejam terhadap kita. Kita mula menyalahkan dunia, menunding jari pada insan lain disekeliling kita. Tapi kenapa kita tak pernah lupa untuk menunding pada diri sendiri. Manusia sering terpengaruh dengan sikap ini. Ada diantara kita ini tak sanggup untuk hadapi hari yang begitu menyakitkan. Kita bgitu yakin "semua ini bukan silapku. Aku dah lakukan yang terbaik.Tapi kenapa? kenapa perlu begini jadinya". Kita mula mempesoalkan semuanya. Manusia takkan mampu untuk maju sekiranya diri masih menyelahkan org lain bukan diri sendiri. Pernahkah agaknya kita terpikir ini semua salah kita..."Kalaulah sebelum ini..." Sekiranya aku begini...", "Kenapalah aku tak buat begini". Kemudian keluarlah kata-kta tadi. Bila nasi dah jadi bubur, apa lagi yang mampu kita lakukan. Berserah sajalah, Allah itu Maha Adil.Apa yang kita perolehi adalah selayaknya untuk kita. Adakalanya Allah turunkan hujan, kita t ercari-cari kemana hilangnya Matahati, rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi. Anugerah Allah itu sangt besar nilainya.Cme kadang-kala manusia yang buta dan tidak tahu menilainya.

No comments:

Post a Comment