Friday, July 1, 2011

Kepercayaan


Stress... Asalnya bila manusia terlalu memikirkan tentang isu-isu kehidupan. Manusia sering membebankan fikiran mereka dengan masalah dan keresahan. Hidup ini penuh dengan misteri . Apa yang bakal berlaku buat kita tak sabar menunggu hari esok. Adakah semua itu akan menjadi kenyataan, mungkinkah aku akan Berjaya atau gagal. Kita sering memikirkan apa yang akan berlaku sedangkan kita tahu apa pun yang berlaku bukan ditangan kita tapi takdir Allah. Allah menentukan segala. Manusia mulai terpikir tentang masa hadapan kerana kita takut menghadapi cabaran. Kita takut sesuatu yang buruk berlaku dan untuk itu kita cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada semua itu terjadi. Manusia hanya mampu merancang, jadi kenapa harus kita bebankan fikiran akan apa yang bakal berlau dimasa hadapan. Dalam hidup ini semestinya kita perlu fikir akan akibat setiap perbuatan dan pilihan yang kita buat. Namun jangan runsingkan fikiran dengan hasil yang bakal kita peroleh. Kita telah usahakan apa yang kita mampu. Yang lainnya adalah ditangan Allah. Kadangkala kita takut untuk tempuh hari mendatang. Kita tak yakin kita mampu hadapinya kerana kita lemah. Kita juga mungkin kalah dengan ujian yang Allah turunkan buat kita. Semua ini bermula bila kita mula berfikir kita tak boleh, aku lemah, aku tak kuat. Kita dah menyerah kalah sebelum kita berjuang. Ada kata-kata yang menyatakan bahawa. Manusia itu sudahpun kalah jika mereka berfikiran mereka kalah. Jadi kuatkan hati, tegaskan fikiran. Sekalipun kita lemah jangan pernah berputus asa kerana disitulah bermulanya kegagalan. Allah turunkan ujian kerana DIA tahu akan setiap lebih dan kurang setiap hamba-hambanya. Percayalah pada Allah, Allah takkan mungkin musnahkan apa yang telah Allah ciptakan. Allah tahu segala sesuatu. Kita hanya cari penyakit bila kita cuba untuk melakukan kerja Tuhan. Kerana yang Maha Berkuasa itu hanya Allah. Dia jugalah yang Maha Bijaksana.

No comments:

Post a Comment