Masa yang dah berlalu takkan mungkin kembali. Sesuatu yang telah pun tersurat takkan mungkin dapat disembunyikan lagi. Takkan mungkin dapat kita ulangi. Apa yang kita mampu adalah meneruskan perjalanan. Menyesal dikemudian tiada gunanya. Kita hanya mampu untuk menerima kenyataan bahawa ia telah pun ditakdirkan. Sekalipun takdir itu kehendak Allah. Namun kita diberi peluang untuk mengubahnya iaitu dengan berusaha. Jika usaha itu masih tak dapat mengubah apa-apa itu kerana Allah telah merancang yang lebih baik buat hambanya. Kita kenal siapa diri kita tapi Allah mengetahui segalanya. Kerana kepada DIA jugalah kita mengadu dan meminta. Allah tahu setiap keinginan hamba-hambanya. Jangan sesekali kita berputus asa dengan DIA. Mahupun terlalu banyak luka yang kita dapat, setiap darinya punya hikmah yang tersendiri. Terlalu banyak jalan yang boleh kita pilih. Jangan terlalu berfikir apa yang akan terjadi dimasa hadapan. Baik buruknya segala sesuatu Allah yang menentukan. Perasaan sesal perlu ada pada setiap manusia. Namun, jangan hantui diri dan hati dengan pemikiran seperti itu selamanya. Menyesal adalah tanda kita sedar di mana silapnya kita. Jika ia menyelubungi hati manusia, hilang selera, bermuram durja dan bermendung lah manusia itu. Hidup ini perlu diteruskan sekalipun kita pernah melakukan kesilapan. Kuatkan hati dan akal kerana pada masa hadapan dugaan yang bakal kita tempuh mungkin lebih berat dari apa yang kita lalui sekarang. Terjadinya episod hari ini untuk mengindahkan lagi episod hidup di masa akan datang. Inilah filem kehidupan, adakalanya ia menggembirakan, ada juga yang amat menyakitkan. Yang pasti pengakhiran nya filem ini adalah ditangan kita sendiri. Kita yang menentukan. Tapi takdir Allah menjadi penamat kisah kehidupan. Hidup ini hanya sekali, tak mungkin dapat kita milikinya seperti apa yang kita miliki sekarang. Do something to make it special.
No comments:
Post a Comment