Dugaan dan cubaan silih berganti hinggakan hati ini tidak mampu lagi menanggung kesakitannya. Hari-hari yang mendatang hanya menambahkan kepedihan pada luka lama yang masih berdarah. Namun kaki tetap kuat mengorak langkah demi meneruskan perjalanan hidup kerana bukan disini penamatnya. Sekalipun berkali-kali hati ini hancur yang tertinggal hanyalah serpihan yang tak mampu untuk dicantum lagi. Terlalu banyak luka yang ditanggung hingga tiada darah lagi yang mengalir. remuk berkecai ibarat kaca pecah di lantai. Bertaburan butir-butir kaca halus.
begitulah lumrah hidup, tiada manusia yang tidak akan terkecewa, hampa dan merana. Hidup ini masih punya keindahannya. Jangan diikutkan hati yang lara, kerana kau tidak akan bisa bangkit semula. Harapan mungkin hanya tinggal impian. Bina impian baru demi mencipta kebahagiaanmu. Kisah silam jadikan panduan agar kau tidak akan terluka buat kali keduanya. Allah sentiasa ada disisi dan jadikan agamamu tonggak utama. takdir hidup adakalanya menyakitkan tetapi Allah itu tidak kejam. Kebahagiaan yang kau harapkan mungkin bukan yang terbaik buatmu kernan sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Mungkin bukan hari ini kau menerima nikmat bahagia. tapi bersyukurlah dengan apa yang kau ada.
Perancangan Allah itu maha hebat. Siapa tahu apa yang akan kau miliki di kemudian nanti. Cabaran hidupmu tidak berhenti disini. Semakin banyak kau diuji, semakin tinggi kasih sayang Allah padamu. Biar sepahit mana yang perlu kau telan, biar separah mana pun lukamu. Rintihan dan Doamu dirindui oleh yang Maha Esa. kerana kita yang bergelar khalifah sering terleka dengan nikmat yang sementara dan terlupa dengan pemberi segala nikmat itu. Inilah masa yang tepat uintuk kau kemabali padaNya. Yakinlah, Allah itu tahu ubat terbaik bagi semua luka-lukamu dan DIA juga adalah pemberi bahagia.
No comments:
Post a Comment