Wednesday, March 2, 2016

Bunga-bunga CintaMu

Assalammualaikum wahai hati...


Ya Allah, maaf kerana aku sering berbuat dosa
Ya Allah, maaf kerana aku terlalu berduka
Ya Allah, maaf kerana aku asyik dengan dunia
Ya Allah, maaf kerana aku lalai dan alpa
Ya Allah, terima kasih kerana mengejutkan aku dari tidur yang lena
Ya Allah, terima kasih kerana mencelikkan aku dari buta hati dan mata
Ya Allah, terima kasih kerana taubatku masih diterima

Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah. maaf atas segala dosa dan kesilapan laluku. Imanku terlalu rapuh dan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan. Namun begitu aku tidak akan pernah berputus asa kerana aku yakin dan percaya setiap perkara yang berlaku itu mahupun baik atau buruk punya hikmah tersendiri. Mungkin selama ini aku buta, kerana aku asyik dengan dunia hingga aku lalai dan alpa. Aku terlena diulik mimpi dan dibuai kenikmatan hidup di dunia sehingga mata dan hatiku dibutakan oleh keindahannya. Kini aku tersedar dari lenaku yang panjang bahawasanya diriku didorongi nafsu. Aku bersyukur kerana Engkau telah kembalikan aku ke jalan yang disirami cahaya kasihmu. Terima kasih kerana taubatku masih diterima sekalipun berulang kali aku mengulangin dosa yang sama. 

Begitulah manusia, kita seringkali lalai dan alpa. Namun Allah itu menyayangi kita lalu dia telah kejutkan kita dari keasyikan dunia dan memberi kita cahaya baru untuk kita menyambung cerita. Sesungguhnya Allah tidak pernah lupa akan hambanya sekalipun berulang kali hamabaNya itu melakukan kesilapan dan dosa malahan Allah sentiasa merancang yang terbaik buat hambaNya Kasih sayang Allah tiada batasannya. Kita sahaja yang tidak menyedari kerana kita mengejar cinta di dunia sekalipun kita tahu cinta sejati itu hanya boleh diperolehi dariNya. 

Hidup sebagai manusia kita akan harungi saat suka dan duka. Itulah warna kehidupan. Yang penting jangan pernah mengalah atau mengeluh. sekalipun  pahit telanlah kerana kemanisannya akan tiba jua maka bersabarlah. Janji Allah itu pasti, Allah percayakan kita, kerana itu dia turunkan ujian buat kita. Oleh itu, kita juga wajib untuk percaya padaNya. Semakin kuat kita diuji, semakin kuat sayang Allah pada hambaNya. Apa yang kita harungi itu adalah tiket untuk kita lebih dekat denganNya dan tiket untuk kita peroleh ketenangan. 

Terima kasih Allah, keranaMu hati yang mati kembali hidup, semangat yang hilang kembali berputik. Bunga-bunga cintaMu sahaja yang mampu bahagiakan hati-hati kami.

No comments:

Post a Comment