Wednesday, January 4, 2012

Perjuangan Tanpa Penamat


Dalam perjuangan kita berusaha untuk beroleh kemenangan, namun begitu kita juga pasti akan merasai kekalahan. Begitu juga kehidupan, diri sering berjuang demi mempertahankan maruah dan pendirian. Adakalanya kita beroleh kemenagan, adakalanya kita kalah dengan ujian yang diturunkan. Namun, disitu bukan penamatnya sebuah kehidupan. Hidup ini ibarat roda yang berputar dimana kekalahan dan kemenangan silih berganti. Begitu wujudnya pahala dan dosa adalah ganjaran bagi setiap yang kita lakukan. Dalam dunia ini kita diberi pilihan untuk memilih jalan iaitu jalan kebaikan atau pun keburukan. Adakalanya tujuan kita tak semestinya tercapai. Nak pula dunia dizaman kini, terlalu banyak godaan. Selain syaitan kita sering dibelenggu nafsu yang tidak pernah puas. Setiap manusia memiliki iman namun iman manusia ada naik turunnya. Disaat iman kita kuat, kita sentiasa sabar dan tabah dalam menempuh ujian. Namun sekali iman kita jatuh, kita boleh ke kancah yang lebih teruk dari apa yang kita bayangkan. Syaitan bersumpah bahawasanya mereka takkan pernah berhenti menghasut manusia melakukan kejahatan. Namun begitu, manusia punya kelemahan kedua iaitu nafsu yang sentiasa meniginkan setiap permintaan kita tercapai. Kita punya emosi yang Allah kurniakan buat setiap hambanya. Setiap dari emosi itu boleh membawa keburukan dan kebaikan. Iman adalah jalan atau cara agar kita tidak ke arah keburukan. Namun jika kita kalah, jangan berputus asa kerana kekalahan itu mengajar untuk lebih kedepan.

No comments:

Post a Comment