Wednesday, January 4, 2012

Iman Dan Pengalaman


Pengalaman setiap dari kita berbeza, namun disitu kita belajar mengenal diri dan dunia. Adakalanya amat menyakitkan namun itulah takdir yang telah ditetapkan. Walaupun kita yang melakukan kesilapan namun setiap sesuatu adalah rancangan Tuhan. Setiap kejadian itu punya hikmah tersendiri. Namun begitu, kita perlu kuat agar kita tidak tersungkur lagi kerana mungkin dilainkali bila kita jatuh lalu tersungkur kita takkan mungkin berpeluang untuk bangkit kembali. Jangan pernah berputus asa dalam menempuh dugaan dan cabaran di dunia. Mungkin waktu ini kita merasa begitu berat beban yang kita pikul tapi sebenarnya dimasa akan datang ujian yang lebih dasyat perlu kita tempuh. Berterima kasih dengan hari ini kerana hari ini yang membuatkan kita kuat untuk hadapi hari mendatang. Kemanisan itu lahir selepas kepahitan. Keperitan dan kesakitan yang kita rasa hari ini adalah ubat tahan sakit pada masa akan datang. Jangan salahkan takdir, tapi cuba buka hati dan fikiran bahawa semua ini adalah kebaikan yang tidak diperlihatkan. Allah sayang kan setiap hambanya, dan tanda sayang nya Allah kepada kita adalah dengan menurukan ujian. Disitu, kita kenal betapa lemah nya iman seorang manusia. Suatu kesilapan buat kita kenal erti kehidupan. Allah kenal setiap dari kita dan setiap yang terlintas dihati dan fikiran kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat setiap hambanya. Pupuklah iman agar kita tidak gugup hadapi ujian, kuat kan hati agar kita berani hadapi segala kemungkinan. Dan tajamkan minda agar kita tidak mudah tertipu dengan helah syaitan kerana ujian pasti datang tanpa kita sedar. Perlengkapkan diri untuk berperang dengan diri sendiri. Jangan sesekali menyerah kalah, kerana Allah sentiasa disisi. Dari DIA ujian itu datang, jadi hanya kekuatan dariNya kita mampu untuk beroleh kemenangan. Jangan putuskan hubungan kita denganNya walaupun kita pernah menjauhinya, namun Allah itu Maha Pengampun. Mohonlah keampunan dariNya kerana kita adalah milikNya. 

No comments:

Post a Comment