Terkapar kapar ku kelemasan,
Sakit Dilambung ombak kerinduan,
Di dalam tidur di dalam jaga,
Diburu oleh mimpi yang serupa,
Mengapa aku jadi tidak menentu keranamu,
Ku menyusuri jalan berliku,
Membiarkan hari-hari berlalu,
Tiada salam tiada pesan,
Memaksa diri untuk melupakan,
Namun wajah mu bermain di mataku tiap waktu,
Malam ku suram siang ku kelam ku kegelisahan,
Mencari-cari kemana pergi harga diri ini,
Bertanyakn berita merisik khabar mendengar berita,
Melaluinya kau kuhampiri tiap hari bersama luka di hati….
Bila ditelitikan kembali rangkap yang tertulis di atas ia banyak menyimpan rahsia hati seseorang.Dan mungkin insan tersebut adalah kita sendiri.Siapa yang kita rindu???Perasaan itu buat kita merasa sakit di lubuk hati dan sakit itu tak dapat kita lihat dengan mata tapi dapat kita rasa dengan hati.Dalam sedar atau tidak kita sering dibelenggu oleh mimpi yang serupa.Apa yang pernah berlaku suatu ketika dulu dalam hidup kita kembali menyingkap tirai hati yang sudah lama tidak dibuka.Kadang-kadang hati kita tidak menentu kerana insan yang amat kita sayang.Jalan hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan yang tak pernah berhenti menguji kita.Hari-hari yang berlalu ibarat mimpi ngeri dan pengalaman pahit yang mengajar kita erti hidup dan bagaimana mengenal hati budi manusia. Apabila suatu peristiwa pahit berlaku dalam hidup ia ibarat racun yang meracuni jiwa.Ketika itu kita mula memaksa hati dan fikiran untuk melupakannya.Namun bayangan masa silam tak mungkin lenyap begitu sahaja.Semua pengalaman yang pernah kita alami adalah sejarah hidup yang tak mungkin dapat kita singkirkan dari fikiran .Mungkin ia akan sentiasa menghantui kita.Ibarat hati yang terluka akibat cinta dusta.Bayangan insan tersebut tak mungkin luput dari ingatan malahan ia sering membuat kita mengalirkan air mata.Malam tak lagi seindah dulu,siang tidak lagi secerah dulu.Hati juga tidak lagi seceria dulu.Kesilapan yang pernah kita lakukan dalam hidup tak mungkin dapat kita lupakan.Ibarat parut yang sukar untuk kita kita hilangkan dari pandangan.Kita pasti akan bertanya kemana hilang nya harga diri kita.Kerana itulah anugerah yang amat bernilai yang kita miliki.Manusia sering lalai dengan kemewahan sementara sehingga menyebabkan mereka lupa permata yang amat berharga dalam hidup.Ayah dan ibu jauh dari pandangan …mungkin juga mereka sudah pergi untuk selamanya.Selagi kita masih hidup jangan lah kita lupa siapa yang mendidik dan menyayangi kita hingga dewasa.Tak mungkin ada dalam dunia ini kasih sayang dijual dimerata-rata.Jika ada, manusia tak mungkin lagi manusia.Kekejaman mungkin akan berleluasa.kerana sayangnya kita pada insan lain pasti membuatkan kita sering mengingtinya.Kita tak pernah lupa untuk menanyakan khabar mereka.Sekeras mana pun hati manusia ini, tak mungkin kita lupa insan yang kita sayang.Mungkin tak dapat kita lihat dengan mata kasar…Tapi mata hati tak pernah menipu kita.Bukan lah setiap masa kita perlu luahkan kata sayang pada insan yang kita sayang.Perlakuan kita juga sudah cukup untuk menunjukkan ada sayang dihati kita.Mungkin sesetengah insan pernah terluka oleh insan yang mereka sayang.Hancurnya hati kita bila insan yang kita sayangi hilang dari pandangan atau sudah menjadi hak insan lain atau pun sudah pergi untuk selamanya.Tapi hati tak boleh menipu sekalipun tutur kata kita menyatakan yang kita benci padanya sebaliknya kita ingin berada dekat dengan nya.Tapi satu perkara yang tak mungkin kita dapat elakkan iaitu hati yang terluka pasti akan menjadi parah.Tapi janganlah hukum diri kerana cinta yang tidak menjadi.Manusia sering lupa bahawa cinta yang paling indah dan sentiasa bersama kita adalah cinta ynag MAHA ESA.Allah tak mungkin akan lupa hambanya.Apa yang paling penting adalah cinta NYA lebih bermakna dari segala cinta yang kita pernah kita kejar.Tak salah untuk kita menyintai insan lain.Kita makhluk tuhan yang punya keinginan untuk meyinta dan dicintai.Tapi cinta yang kita kejar janganlah sampai kita hanyut dan lupa untuk menaruh cinta NYA.Semua ini adalah tafsir dari seorang insan yang bergelar sahabat. Mungkin ada betul dan ada juga salahnya.Apa pun hidup kita tak pernah lari dari hati yang kecewa, sedih, pilu, benci.Tapi semua perasaan ini memberi cahaya baru dalm hidup kita.Disini juga ALLAH cuba menguji hambanya.Jadi,janganlah mudah berputus asa dalam hidup ini.Kecewa bukan perasaan yang tak dapat kita tangkis,malah ia membantu kita menjadi insan yang lebih berani.Hanya satu sahaja ubat bagi segala penyakit yang manusia alami….Semua itu dapat kita redakan bila kita mula mendekati NYA. Iaitu Maha Pencipta.Hanya ALLAH yang kenal dan tahu apa yang tersirat dihati hambanya.Dan ALLAH tidak pernah lupa pada hambanya.Dunia ini memang adil.Kita berhak untuk menyintai insan lain,Cuma janganlah kita lupa untuk menyintaiNYA.
Cinta itu indah,
Cinta itu buat kita bahagia,
Tapi janganlah salah memilih Cinta,
Kerana cinta juga akan buat kita merana……
Permata bermakna bagi manusia adalah cinta yang MAHA ESA…..
No comments:
Post a Comment