Friday, January 2, 2009
Cahaya Hidupmu...
Bila diri keseorangan kita perlukan teman.Tak perlu paksa hati dan diri kita untuk simpan segala duri yang menusuk ke dalam hidup kita.Kadang-kadang kita perlukan tempat untuk mengadu.Itulah gunanya ibu bapa,kakak dan abang,adek-adek serta kawan rapat.Niat dihati tak mahu melihat insan lain menderita ,tapi berkongsi cerita hidup boleh buat kita ceria.Semakin lama kita pendam,semakin pahit yang bakal kita rasa.Semua kesakitan itu hanya akan membuatkan kita menderita.Ibarat susu yang lama diperam,susu itu akan masam,malahan ia boleh menjadi racun pada sesiap yang meminumnya.Begitulah juga dengan hati.Semakin lama kita tahan,semakin banyak kesakitan yang akan kita rasakan.Ibarat malam tanpa cahaya bulan,segala-galanya kelam dan tidak indah lagi.Begitulah juga hidup manusia.Kita perlukan cahaya untuk menerangi segala jalan yang kita lalui.Indah nya malam disinari cahaya bulan.Begitulah indahnya perjalanan hidup kita jika ada warna-warna yang menyerikannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment