Wednesday, July 13, 2011

Luahan Kegelisahan


Kadang kala hati kita gelisah, kita kesunyian. Adakalanya kita hanya sendiri walaupun dikelilingi beribu insan. Fikiran bercelaru, kita tak tahu dimana kedudukan kita, kita tak sedar dunia ini berputar, kita sukar membuat keputusan. Dalam dingin kita terasa panas, dalam diam hati kita meraung kesakitan. Manusia sering lupa dan alpa, kita kaku tak terkata. Apa yang terlihat, apa yang tersurat buat kita takut hadapi masa depan. Adakalanya kita berfikir dunia ini terlalu kejam. Manusia tidak lagi punya sifat perikemanusiaan sedangkan begitu mereka ditakdirkan. Kaki melangkah tanpa arah. Genggaman tangan semakin erat tanda kita ketakutan. Setiap saat ujian tak pernah menghilang. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Ibarat hujan beserta ribut. Semakin hari, ujian yang datang semakin deras. Kita mengumpul kekuatan agar tidak lemah dipertengahan jalan. Namun, dengan kuasa Tuhan apa pun yang kita cuba elakkan pasti akan menjadi kenyataan bila Tuhan berkehendak. Namun, sepanjang nyawa bersama jasad selama itulah kita dihadiri dengan pelbagai ujian. Kadang-kala kita punya kekuatan, adakalanya kita jatuh tersungkur. Namun, kita bangkit untuk terus berjalan hingga nyawa tidak lagi bersama jasad. Kita bermain dengan permainan dunia sampai satu saat kita lupa tujuan sebenar hidup ini. Iman seseorang ada naik turunnya. Kerana itu manusia tidak pernah lari dari dosa dan pahala. Semakin dewasa pemikiran seorang manusia itu, semakin banyak ia mengumpul kekuatan kerana baginya dunia ini tidak semudah yang kita jangka. Kekuatan yang kita peroleh tak pernah cukup. Setiap sesuatu ada tahap tertentu. Begitu juga kesabaran seseorang ada hadnya. Hari demi hari kita menadah tangan, kita mengadap Maha Esa. Disitu kita memohon petunjuk dan kekuatan kerana apa yang kita ada dan tahu belum cukup untuk kita teruskan hidup. Walaupun ujian itu suatu yang Allah turunkan buat hambanya bersesuaian dengannya namun tanpa Allah kita takkan mampu tempuhi ujian itu. Lalu jangan pernah berhenti meminta kerana Allah Maha Penyayang. DIA takkan lupa pada setiap yang meminta cuma perbezaannya adalah bagaimana kita akan perolehinya. Allah sentiasa merancang yang terbaik buat setiap hamba-hambanya. Semua ini berasal dari kegelisahan. Kegelisahan hadir bersebab, ubatilah sebelum menjadi lebih parah kerana perasaan itu akan membuat hidup seorang manusia itu tidak menentu. Bertanya pada hati adakah kita telah rosakkannya, berfikir dengan akal untuk cari jalan penyelesaian. Berdoa pada tuhan untuk peroleh kekuatan.

Monday, July 11, 2011

Ujian dan Cabaran

Setiap detik dan saat yang kte perolehi dipenuhi dan dihujani dengan pelbagai ujian dan cabaran. Hari-hari yang kita lepasi membuat kita lebih kuat dan juga buat kita kenal erti sebuah kehidupan dan buat kita sedar betapa beharganya setiap peluang. Jalan hidup ini terlalu banyak simpang. Sekali bila kita salah kita tak mampu berundur. Hanya mampu meneruskan perjalanan. Dan bila kita mulai sedar jalan itu bukan yang sepatutnya kita lalui jangan pernah lupa untuk mengubah laluan. Kita mampu, terutama bila Allah bersama. Allah tak pernah jauh dari hambanya cuma kita sahaja yang menjauhkan diri darinya. Kadang-kala peristiwa buruk mencelah dalam hidup kita. Namun, tidak semua itu memberikan pengakhiran yang buruk walaupun pada dasarnya kita sakit. Kesakitan dan keperitan itu yang membuat kita kenal hidup tak semudah yang kita sangka. Dunia ini hanya sementara, dan manusia takkan lari dari sikap lalai dan lupa. Allah sentiasa berada dekat dengan hambany yang ingin dekat denganNya. Allah juga sentiasa dekat dengan insan yang semakin jauh dariNya kerana Allah juga tak mungkin berkehendakkan hamba-hambaNya berakhir dengan dosa dan neraka. Samada kita sedar atau tidak, Allah sentiasa memberi hamba-hambanya petunjuk dan kekuatan untuk kembali ke jalan yang benar. Namun, kejadian dan peristiwa yang berlaku diatas muka bumi ini tak semestinya berakhir dengan baik. Jika tidak mengapa perlu ada dosa dan pahala. Neraka dan Syurga. Allah beri kita pilihan, kita perlu membuat keputusan. Namun Allah yang menentukan pengakhiran. Baik atau buruk hanya Allah yang mampu tentukan. Manusia pasti akan ada yang salah membuat pilihan namun setiap pilihan itu punya isi yang kita tak tahu. Namun, bila diteliti baik buruk setiap yang berlaku kita akan mulai sedar betapa Allah menyanyi hamba-hambaNya.

Friday, July 1, 2011

Kepercayaan


Stress... Asalnya bila manusia terlalu memikirkan tentang isu-isu kehidupan. Manusia sering membebankan fikiran mereka dengan masalah dan keresahan. Hidup ini penuh dengan misteri . Apa yang bakal berlaku buat kita tak sabar menunggu hari esok. Adakah semua itu akan menjadi kenyataan, mungkinkah aku akan Berjaya atau gagal. Kita sering memikirkan apa yang akan berlaku sedangkan kita tahu apa pun yang berlaku bukan ditangan kita tapi takdir Allah. Allah menentukan segala. Manusia mulai terpikir tentang masa hadapan kerana kita takut menghadapi cabaran. Kita takut sesuatu yang buruk berlaku dan untuk itu kita cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada semua itu terjadi. Manusia hanya mampu merancang, jadi kenapa harus kita bebankan fikiran akan apa yang bakal berlau dimasa hadapan. Dalam hidup ini semestinya kita perlu fikir akan akibat setiap perbuatan dan pilihan yang kita buat. Namun jangan runsingkan fikiran dengan hasil yang bakal kita peroleh. Kita telah usahakan apa yang kita mampu. Yang lainnya adalah ditangan Allah. Kadangkala kita takut untuk tempuh hari mendatang. Kita tak yakin kita mampu hadapinya kerana kita lemah. Kita juga mungkin kalah dengan ujian yang Allah turunkan buat kita. Semua ini bermula bila kita mula berfikir kita tak boleh, aku lemah, aku tak kuat. Kita dah menyerah kalah sebelum kita berjuang. Ada kata-kata yang menyatakan bahawa. Manusia itu sudahpun kalah jika mereka berfikiran mereka kalah. Jadi kuatkan hati, tegaskan fikiran. Sekalipun kita lemah jangan pernah berputus asa kerana disitulah bermulanya kegagalan. Allah turunkan ujian kerana DIA tahu akan setiap lebih dan kurang setiap hamba-hambanya. Percayalah pada Allah, Allah takkan mungkin musnahkan apa yang telah Allah ciptakan. Allah tahu segala sesuatu. Kita hanya cari penyakit bila kita cuba untuk melakukan kerja Tuhan. Kerana yang Maha Berkuasa itu hanya Allah. Dia jugalah yang Maha Bijaksana.