Friday, April 29, 2011

MASA

Dalam hidup ini kadangkala kita tak pernah ketahui setiap yang berlaku tersembunyi hikmah nya yang tersendiri, manusia sering kali lupa bahawa dunia ini hanya sementara. Manusia sering lupa setiap waktu itu amat bernilai harganya. Ketika waktu berlalu jauh meninggalkan kita baru kita sedar detik-detik yang pernah kita miliki menyimpan secebis harapan. Namun relitinya dunia ini tidak membenarkan masa yang sama berulang kembali, jarum saat jam takkan berputar melawan arah. Sekalipun malam dan siang berganti namun masa takkan pernah akan berulang tapi petanda bahawa masa kita diatas muka bumi ini semakin berkurang. Sekalipun masih banyak kazanah dunia yang masih belum kita terokai namun jika kehendakNYA untuk kita kembali kesisinya tiada siapa yang dapat menghalang. Namun Allah sering beri peluang buat hambanya untuk terokai kazanah dunia yang DIA ciptakan. Jika yag mati dapat hidup kembali, pasti mereka igin bermula di awal hidup seorang manusia kerana mereka ketahui betapa singkatnya hidup ini dan betapa bernilainya saat-saat di dunia ini. Sekiranya kita gagal hargai waktu itu janganlah berputus asa dan menyesal kerana manusia itu tidak sempurna. Adakalanya kita terbabas dipertengahan jalan. Jika Allah masih sayangkan hambanya pasti DIA suluhkan cahaya kearah jalan yang benar. Dari itu, hargailah masa yang kita perolehi dan jangan sekali-kali kita sia-siakan. Jika langkah terhenti berdoa kepadanya agar kaki ini tetap kuat melangkah dalam menghadapi segala ujian dan cabaran. Sesungguhnya dunia ini begitu banyak pancaroba sehinggakan kaki yang kuat melangkah kaku dipertengahan jalan.

No comments:

Post a Comment