Sunday, March 28, 2010

Seluas Lautan

Lautan yang luas itu boleh digambarkan perjalanan hidup seorang manusia. Namun biar seluas mana pun lautan itu pasti akan ketemu jua penghujungnya. Walaupun, kita tak dapat lihat bagaimana rupa penghujungnya namun kita tetap ingin mencarinya. Kita cuba merentas lautan yang besar itu. Ada ketikanya kita singgah disatu perhentian mencari-cari pengalaman dalam masa yang sama cuba mencari kepastian adakah itu destinasinya. Namun perjalanan ini masih jauh. Terlalu banyak kazanah yang belum sempat kita terokai. Oleh kerana itu, kita cuba mendalami isinya. Semakin lama semakin dalam kita terjah. Ada diantaranya berusaha untuk sampai ke dasar lautan , ada yang masih terapung dipertengahan jalan dan disitu mereka mula memilih untuk meneruskan perjuangan atau menyerah kalah. Ada pula yang masih di titik mula kerana mereka takut untuk hadapi masa depan. Mungkin juga mereka ragu-ragu dengan kemampuan diri masing-masing dan yang paling menyedihkan ada diantara mereka yang tidak pernah ingin mencuba meneruskan perjalanan dan menyerah kalah walaupun masih berpeluang untuk memilih. Bagi yang berkeyakinan sederas mana pun arus mereka tetap ingin meneruskan perjalanan walaupun apa yang bakal mereka tempuh adalah sesuatu yang menyakitkan.Manusia memang mengagumkan. walau mereka tahu isi dunia ini bukan untuk selamanya dan usaha mereka belum tentu mendatangkan hasil yanag seperti diidamkan namun mereka tetap mencuba walau pun ia amat menyakitkan. Walaubagaimanapun, Allah sentiasa bertindak adil pada hamba-hambanya. Setiap ujian, dugaan dan kesakitan yang kita rasai bukan semata-mata untuk menyeksa kita tetapi jalan penyelesaian bagi kesulitan yang bakal kita tempuh dihari mendatang. Namun, tak ramai yang dapat melihat hikmah itu kerana mereka tak sanggup hadapi kesakitan itu. walaupun ia amat menyakitkan tetapi nilainya terlalu mahal. Sebagai manusia kita perlu hargai apa yang kita miliki walaupun itu bukan kehendak kita. Kerana manusia tidak memiliki apa dan semuanya hanya pinjaman dan tidak kekal. Apa yang bakal kekal dalam diri adalah iman tetapi ianya perlu dipelihara.

No comments:

Post a Comment