Sunday, May 31, 2009
Filem Hidup
Sebagai manusia di Bumi Allah ini.Kadang-kadang kita lupa tanggungjawab kita di dunia ni.Bila tiba satu saat,kita mula lalai dengan tanggungjawab yang kita pikul.Hati dihiasi warna dunia yang pada dasarnya hanya sementara.Sesungguhnya manusia ini sangat lemah dengan godaan.Walaupun kebahagian itu sementara tapi masih ingin mengejar nya.Kadang-kadang kita tamak,semua yang beharga ingin kita jadikannya milik kita.Semuanya kerana nafsu,raja yang bertahta dalam jiwa mnusia yang memberontak mahukan kekayaan dari segala aspek terutama nilainya iaitu harta dunia.Masa terus berlalu meninggalkan sejarah hidup lalu.Hati riang gembira menikmati dunia sementara.Akhirnya,kita mula lupa untuk patuh dan tunduk pada yang Esa.Walaupun begitu,Maha Esa tak pernah lupa kan kita kerana DIA tahu masih wujud ruang dihati kita untuk kembali pulang ke tempat asal.Sayang sekali kita tak dapat lihat semua itu.Hari-hari yang berlalu meninggalkan kesan yang mendalam pada diri setiap insan.Kita tak nampak apa yang bakal berlaku,sehinggalah hari itu tiba.Tibanya saat itu,barulah manusia sedar bahawa sudah banyak kejahatan yang telah mereka cipta sepanjang perjalanan hidup mereka.Disisni, bermulalah episod baru dalam cerita hidup kita.Manusia mula mencari jalan lurus dan suci.Mereka dahagakan ketenangan dan mula mencari iman.Bukannya sebelum ini kita tak mamilikinya,cuma kita tak sedar ia wujud dalam diri kita.Pengakhiran cerita hidup adalah kembali kepada yang Maha Esa iaitu Maha Pencipta.Ada yang berakhir dengan tangisan,ada juga yang berakir dengan gelak ketawa dan paling menyedihkan ia berakhir dengan kekecewaan.Filem hidup ini adalah ditangan kita untuk memilih pengakhirannya.Tapi takdir lebih berkuasa.Kita cuma mampu berusaha tapi apa pun setiap peristiwa yang bakal berlaku ada hikmah disebaliknya.Berusahalah untuk mencipta filem hidup yang penuh dengan cahaya dariNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment