Tuesday, June 2, 2009
Dunia Insan...
Dunia ini terlalu banyak kejutan. Selalunya sebagai manusia kita sukakan perkara yang mengejutkan, walaupun adakalanya ia perkara buruk. Tapi setiap kejutan itu muncul dari arah yang kita tak sedar dan kita tak pernah menyangkanya.Hidup ini terlalu misteri.Tukang tilik terhandal pun belum tentu dapat membongkar rahsia nya kan (...gurauan).Tapi manusia ni sebenarnya tak nampak keajaiban yang berlaku.Suatu benda yang sangat menarik kan.kadang-kadang kita rasa hidup ini kosaong bila tak ada perkara yang membuatkan kita sedih, sakit atau kecewa.Kalau hidup yang hanya penuh dengan gelak tawa sahaja, manusia pasti terleka dengan segala keseronokan itu dan akhirnya mereka tenggelam hingga kedasarnya.Setelah itu baru mereka sedar bahawa diri mereka jauh ketinggalan.Zaman berubah mengikut peredaran masa.Bila kita bazirkan minit yang kita perolehi ibarat kita buang satu peluang yang besar yang tak mungkin kita miliki lagi.Setiap detik waktu yang berlalu dalam hidup ini memberi sejuta erti.Untuk kita tahu dan mengerti erti sebenar semua itu bukan mudah...pusing kepala jugak nak memikirkannya.Adakalanya kita terlalu memikirkan masalah yang kita hadapi terlalu mendalam sehingga kita membekukan fikiran.Sebenarnya bila difikirkan balik..tak guna pun kita terlalu berfikir sehingga otak pun makin pusing dan akhirnya makan diri sendiri.Kan bagus kalu kita cuba bertenang dan hadapi nya dengan tabah.Untuk jadi kuat bukan la sanagt mudah tapi kita sering lupa bahawasanya Allah sentiasa disisi kita sekalipun kita lupa padanya.Itu lah sikap yang sering kita lakukan.Masalah yag paling besar dalam dunia ini pun dapat kita selelsaikan.Cuma bukan hanya dengan memetik jari tapi berusaha dan berdoa.Jalan penyelesaian sbenarnya dekat dengan kita cuma kita je yang buta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment