Friday, April 24, 2009
Putih Atau Hitam
Dunia ini sangat indah…kadang2x kita sebagai manusia sering buta dengan apa yang kita dapat lihat…Dan adakalanya kita hilang ingatan pada insan yang sering membuatkan kita kuat dan sentiasa disisi kita setiap saat dan waktu membantu kita mengharungi hidup ini dengan tabah dan tenang. Sesetengah perkara yang datang mencuri ketenangan merupakan ujian yang sanagt bernilai.Sungguhpun ianya pahit untuk ditelan tetapi manisnya tak dapat kita bandingkan dengan madu. Hanya kita dan DIA sahaja yang tahu.Sesusahmana pun hidup ini, bila yang Maha Esa muncul dengan hidayah NYA.Manusia merasa sangat indah hidup ini sehingga tak dapat diungkap dengan kata2x…Pernahkah kita termenung seketika menyingkap sejarah hidup kita sebelum ini.Jika diteliti kembali peristiwa yang pernah kita alami dan watak2x yang terlibat dalam hidup kita percayalah kita akan dapat rasa betapa DIA menyayangi hamba-hambanya.Sedikit demi sedikit kita diuji dengan kekecewaan, kegagalan, ketakutan dan macam2x lagi duri yang sentiasa mencalari hati dan tubuh kita. Semuanya amat manyakitkan,tapi tersembunyi suatu yang amat bernilai yang tak dapat kita beli dengan wang ringgit.Ia tak dapat diperdagangkan tapi kerana bukan semua akan mendapatkannya. Hari ini adalah sejarah bagi esok.Esok adalah sejarah bagi hari yang berkiutnya dan seterusnya...sampai satu masa nant kita pasti akan menyingkap kembali kisah pada hari ini.Meskipun apa yang berlaku pada hari ini adalah hari yang paling perit dalam hidup ini.Hari ini mengajar kita untuk perbaiki kelemahan nya.Manusia ini ibarat pelakon pentas.Dalam setiap lakonan pasti ada watak jahat dan baik…Sebaik manapun watak utama pasti ada kesilapan yang dilakukan.Watak jahat pula, sejahat mana pun mereka itu pasti ada sedikit kebaikan yang dilakukan walaupun perasaan belas kasihan pada insan lain.Setiap penciptaannya adalah samarata.Dalam diri manusia ini ada putih dan hitam.Terpulang pada kita untuk memilih antara kedua warna itu.Sekalipun kita memilih untuk hanya memilih satu warna yang akan mewarnai hidup ini tapi warna satu lagi akan wujud jua cuma bezanya sedikit atau banyak.Kain putih takkan sentiasa bersih..tetapi kalau kita pandai menjaga…kain putih itu akan sentiasa bersih dari segala kekotoran yang kita sendiri cipta…Begitu juga manusia.Lahirnya kita dari bayi yang suci dari dosa hinggalah kita memiliki kitab kiri dan kanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment