Jauh disudut hati ingin lari dari kenyataan kerana adakalanya ia amat menyakitkan. Namun hidup ini penuh dengan kejutan. Apa yang kita dambakan berbeza dengan apa yang akan kita peroleh. Hati meraung menangisi setiap detik yang kita lalui. Tapi semua itu takdir qada' dan qadar tuhan. Setiap dari kita diberi peluang untuk memilih dan setiap pilihan itu mempunyai pengakhiran yang berbeza. Mungkin pilihan itu membawa kebahagian atau mungkin juga kedukaan. Sebagai seorang manusia yang punya kelamahan ada masa nya kita akan tersalah membuat pilihan tatkala hati dirasuki nafsu dan bila iman insan jatuh menjunam. Kesilapan pasti berlaku kerana kita bukan makhluk yang sempurna. Dan adakalnya kesilapan itu berulang tanpa kita sedari. Menitis air mata menyesali setiap sesuatu namun malangnya masa itu tak dapat kita kembalikan. Yang terjadi tetap terjadi jika itu ketentuanNya. Kita mula persalahkan diri hingga ke akhirnya tapi semua itu tiada pengakhiranya. Menyesali sesuatu adalah tindakan yang benar tapi setiap kejadian punya hikmah tersembunyi. Sekalipun yang terjadi itu adalah perkara yang paling teruk. Senyuman terukir menyembunyikan segala kesakitan tetap ada mata yang terlihat luka itu. namun yang tahu keparanhan luka itu adalah kita sendiri. Sekalipun pada luaranya indah namun tiada siapa yang tahu akan isinya. Tiada kesakitan yang tiada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah kembali pada yang Esa, Kerana disitu juga kita bermula. Ku ingin bersujud memohon kemaafan dariNya meskipun hati merasa malu. Dari sujud ke sujud ku pohon agar dikuatkan hati dan dikukuhkan iman kerana aku insan yang tak sempurna dan tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Ya Allah sekiranya doaku masih didengari perkenankanlah.
No comments:
Post a Comment