Saturday, December 22, 2012

Nafsu VS Iman


Manusia seperti kita yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan sering kali lupa apa yang dinamakan qada’ dan qadar. Setiap hari iman kita diuji, dan setiap saat nafsu cuba mengugat pendirian kita. Adakalanya iman itu teguh mempertahankan pendirian kita dan adakalanya juga kita kalah pada nafsu yang selama ini menjadi musuh ketat setiap insan di atas muka bumi Allah ini. Walau sejauh mana kaki ini melangkah nafsu tetap berada disisi menantikan saat kita menyerah diri. Iman pula jauh dilubuk sanubari menanti saat untuk berjuang lagi. Meskipun nafsu itu pemberian dari Ilahi namun jika tidak kita awasi sampai saatnya ia menikam diri. Kita dianugerahkan iman sebagi senjata diri yang perlu kita asah agar ia tidak pernah tumpul. Namun kita lupa berbuat demikian. Kita lalai dengan kebahagian yang kita peroleh walaupun hanya untuk sementara.


Disaat diri diuji dan bila kita perlu memilih adakalnya nafsu mengatasi iman hinggakan yang haram kita halalkan, Musnah diri kerana lemahnya iman. Hancurnya hati kerana kekecewaan. Menyesal kemudian tiada gunanya tapi penyesalan perlu ada kerana hidup tetap perlu diteruskan walau sepahit mana pun perlu kita telan. Jalan hidup ini bersimpang. Adakalnya kita tersalah pilih jalan tapi Allah sentiasa memberi peluang kedua buat hamba hambanya. Peluang yang takkan mungkin kita peroleh dari sesiapa di atas muka bumi ini. Sedarlah dari mimpi, masa silam kita hanya penghalang diri dari untuk ke hadapan. Apa yang penting adalah kembali ke jalan dimana kita yakin akan membawa kebahagiaan abadi. Meski selama ini berkali-kali kita terluka namun dengan izinNya pasti akan bertemu jua kebahagiaan yang tak terucap dengan kata-kata. Takdir adalah perkara yang telah ditetapkan olehNya. Itu adalah qada’ dan Qadar Nya. Terima dengan hati terbuka dan berusaha mengasah iman agar ia tetap tajam menusuk setiap nafsu yang datang menyerang. Semoga Allah berikan kekuatan. Amin Ya RabbalA’lamin...

Friday, December 21, 2012

Rahsia Hati

Jauh disudut hati ingin lari dari kenyataan kerana adakalanya ia amat menyakitkan. Namun hidup ini penuh dengan kejutan. Apa yang kita dambakan berbeza dengan apa yang akan kita peroleh. Hati meraung menangisi setiap detik yang kita lalui. Tapi semua itu takdir qada' dan qadar tuhan. Setiap dari kita diberi peluang untuk memilih dan setiap pilihan itu mempunyai pengakhiran yang berbeza. Mungkin pilihan itu membawa kebahagian atau mungkin juga kedukaan. Sebagai seorang manusia yang punya kelamahan ada masa nya kita akan tersalah membuat pilihan tatkala hati dirasuki nafsu dan bila iman insan jatuh menjunam. Kesilapan pasti berlaku kerana kita bukan makhluk yang sempurna. Dan adakalnya kesilapan itu berulang tanpa kita sedari. Menitis air mata menyesali setiap sesuatu namun malangnya masa itu tak dapat kita kembalikan. Yang terjadi tetap terjadi jika itu ketentuanNya. Kita mula persalahkan diri hingga ke akhirnya tapi semua itu tiada pengakhiranya. Menyesali sesuatu adalah tindakan yang benar tapi setiap kejadian punya hikmah tersembunyi. Sekalipun yang terjadi itu adalah perkara yang paling teruk. Senyuman terukir menyembunyikan segala kesakitan tetap ada mata yang terlihat luka itu. namun yang tahu keparanhan luka itu adalah kita sendiri. Sekalipun pada luaranya indah namun tiada siapa yang tahu akan isinya. Tiada kesakitan yang tiada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah kembali pada yang Esa, Kerana disitu juga kita bermula. Ku ingin bersujud memohon kemaafan dariNya meskipun hati merasa malu. Dari sujud ke sujud ku pohon agar dikuatkan hati dan dikukuhkan iman kerana aku insan yang tak sempurna dan tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Ya Allah sekiranya doaku masih didengari perkenankanlah.