Misteri hidup terkandung berjuta rahsia
Sekalipun berbagai cara kita merungkainya
Ia masih rumit untuk diperjelaskan
Ibarat jalan yang bersimpang siur banyaknya
Walaupun kita cuba jejaki setiap laluan
Namun is masih belum diterima aqal
Meski lidah menuturkan jutaan ayat
Biar pena mencoret sejuta puisi
Namun is masih belum difahami
Betapa besarnya erti sebuah kehidupan
Terselindung hikmah yang tersimpan
Dalam hati sentias tertanya-tanya
Mampukah kita tempuhinya
Jalan yang bertaburan duri
Angin yang takkan berhenti bertiup
Hinggakan taufan hadir menjenguk
Hujan menitis tanpa henti
Menjemput ribut bersatu hati
Sekalipun beratur ujian berganti
Namun setiap darinya memberi seribu erti
Dimana Bumi ini masih berdiri
Memelihara setiap penghuni
Mengajar kita mengenal diri
Bahawa Allah sentiasa disisi
No comments:
Post a Comment