Monday, June 13, 2011

Episod Hidup


Masa yang dah berlalu takkan mungkin kembali. Sesuatu yang telah pun tersurat takkan mungkin dapat disembunyikan lagi. Takkan mungkin dapat kita ulangi. Apa yang kita mampu adalah meneruskan perjalanan. Menyesal dikemudian tiada gunanya. Kita hanya mampu untuk menerima kenyataan bahawa ia telah pun ditakdirkan. Sekalipun takdir itu kehendak Allah. Namun kita diberi peluang untuk mengubahnya iaitu dengan berusaha. Jika usaha itu masih tak dapat mengubah apa-apa itu kerana Allah telah merancang yang lebih baik buat hambanya. Kita kenal siapa diri kita tapi Allah mengetahui segalanya. Kerana kepada DIA jugalah kita mengadu dan meminta. Allah tahu setiap keinginan hamba-hambanya. Jangan sesekali kita berputus asa dengan DIA. Mahupun terlalu banyak luka yang kita dapat, setiap darinya punya hikmah yang tersendiri. Terlalu banyak jalan yang boleh kita pilih. Jangan terlalu berfikir apa yang akan terjadi dimasa hadapan. Baik buruknya segala sesuatu Allah yang menentukan. Perasaan sesal perlu ada pada setiap manusia. Namun, jangan hantui diri dan hati dengan pemikiran seperti itu selamanya. Menyesal adalah tanda kita sedar di mana silapnya kita. Jika ia menyelubungi hati manusia, hilang selera, bermuram durja dan bermendung lah manusia itu. Hidup ini perlu diteruskan sekalipun kita pernah melakukan kesilapan. Kuatkan hati dan akal kerana pada masa hadapan dugaan yang bakal kita tempuh mungkin lebih berat dari apa yang kita lalui sekarang. Terjadinya episod hari ini untuk mengindahkan lagi episod hidup di masa akan datang. Inilah filem kehidupan, adakalanya ia menggembirakan, ada juga yang amat menyakitkan. Yang pasti pengakhiran nya filem ini adalah ditangan kita sendiri. Kita yang menentukan. Tapi takdir Allah menjadi penamat kisah kehidupan. Hidup ini hanya sekali, tak mungkin dapat kita milikinya seperti apa yang kita miliki sekarang. Do something to make it special.

Apa ada pada hati???


Dimana letaknya hati? Di dalam tubuh manusia. Di mana ia tersimpan? Pada jantung. Benarkah atau kerana jantung adalah simbol manusia itu bernyawa. Mana pula datangnya nyawa? Boleh dilihat atau kita hanya rasa ia ada. Persoalan ini sering ditanya. Adakah jawapan untuk semua ini persoalan ini. Jika hati ini ada pada jantung. Jantung terisi dengan darah dan oksigen. Jadi dimana letak nya perasaan CINTA, KASIH dan SAYANG? Perasaan yang bukan mudah untuk diluahkan dengan kata-kata. Namun kita ketahui ia dengan melihat dengan mata dan merasa dengan hati, betapa hebatnya kuasa Allah menganugerahkan perasaan itu buat hamba-hambanya. Apakah tanda kasihnya kita pada seseorang. Adakah dengan berkorban atau menunjukkan rasa sayang. Jika benar, bagaimana pula sayang. Perlukah ia kita korbankan demi insan yang kita sayang atau perlukah kita kejar demi mempertahankan kaish sayang itu. Duni-dunia, sering bermain dengan perasaan. Bila manusia kalah pada emosi, hilang kewarasan. Yang menyedihkan lagi bila maruah pula yang tergadai. Manusia pasti merasai mati, namun biarlah kita mati dengan maruah yang terjaga. Biar hidup kita benar-benar bermakna. Cinta, Kasih dan Sayang adakalanya boleh membuat manusia sengsara. Kesakitan yang susah untuk mendapatkan. Namun, setiap masalah ada jalannya iaitu kembali pada yang Esa. Dia yang mencipta segala. Jadi Allah tahu jalannnya. Kerana dia Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Jangan sesekali sesal dengan apa yang berlaku. Hati ini sering diuji demi menguatkan lagi diri. Allah sentiasa disisi sekalipun kita sendiri.

Sunday, June 12, 2011

Ikatan Persahabatan



Persahabatan bukan sesuatu yang dapat kita beli. Tidak ternilai harga sebuah persahabatan. Ia kukuh jika dipupuk, ia rapuh bila hati tak bersatu. Persahabatan berasakan kepercayaan dan kejujuran. Bukan mudah untuk memupuk persahabatan jika masing-masing pentingkan perasaan sendiri tanpa ada rasa ingin bekorban. Kadangkala kita perlu bekorban demi sebuah persahabatan. Sekalipun hati sakit, jiwa merana, badan binasa kita tak pernah menginginkan persahabatan yang telah lama kita semai layu dipertengahan jalan. Persahabatan mengenalkan kita erti pengorbanan, erti kasih dan sayang. Persahabatan wujud bila timbul rasa sayang. Sekalipun angin bertiup kencang, sekalipun taufan datang menyerang, sekalipun lemas di lautan dalam. persahabatan takkan pernah hilang jika hati masih ingin ia kekal. Adakalanya kita merasakan dunia ini kejam. Terlalu banyak jalan berduri yang perlu ditempuhi. Semua ini kadangkala meragut kekukuhan persahabatan yang kita bina. Namun, jika manusia cekal dan bergantung padaNYA tiada yang mustahil. Allah itu maha adil, sekalipun terpisah timur dan barat. Jika Allah berkehendak, pasti ketemu jua. Hidup ini cukup indah, hadirnya sahabat penyeri waktu duka, hadirnya teman menyinarkan cahaya. Sekalipun hidup bersendirian, suatu masa nanti pasti ketemu juga insan bergelar sahabat. Disitulah lahirnya persahabatan. Setiap manusia pasti memilikinya. Oleh itu, jangan persiakannya, kerana sahabat dan persahabatan bukan sesuatu yang dapat kita peroleh dengan wang berjuta. Ia adalah anugerah yang sangat beharga.

Thursday, June 9, 2011

Nilai Sebuah Ilmu


Hidup ini masih banyak Ilmu yang belum kita ketahui. Namun, untuk memiliki setiap ilmu itu tidak akan mungkin kita boleh. Ilmu yang Allah turunkan terlalu banyak dan tidak boleh dihitung. Sebanyak mana pun ilmu yang kita ada ia hanya ibarat setitik air dari lautan. Begitu besarnya nilai sebuah ilmu itu. Manusia sentiasa berpeluang untuk menuntut segala ilmu yang ada namun ada diantara kita yang tak hargai ilmu yang mereka ada. Peluang dibazirkan begitu sahaja. Sampai satu masa kita akan merasa letih, letih berusaha untuk mendapatkan sebuku ilmu. Dan bila saat itu tiba, ilmu yang ada terabai begitu sahaja. Ilmu yang kita peroleh hendaklah kita praktikan dan kita asah sehingga tajam. "No body can be perfect but we can do as best as we can. We try to be the best among the best. We need to deal with this challenge". Dalam mencari ilmu, banyak dugaan yang akan kita tempuh. Oleh disebabkan hal ini, manusia mengalah untuk mendapatkan ilmu. Kerana cabaran itu bukan sahaja menyakitkan adakalanya ia memaksa kita untuk bekorban. Namun, bagi yang mengenal nilai ilmu itu mereka tetap beusaha untuk memilikinya. Sekecil mana pun ilmu itu, nilainya adalah sangat tinggi dan tak mampu kita beli tanpa kita berusaha mendapatkannya. Segala dugaan yang kita tempuh, kesusahan dan kesakitan yang kita rasa menaikkan lagi nilai sesebuah ilmu itu. Kerana itulah nilai titik peluh dan keringat kita selama ini. Bila zaman serba canggih ini, dimana-mana dan dengan bermacam cara kita boleh mendapatkan ilmu. Namun harus kita ingat, ilmu itu sesuatu yang amat bernilai dan jangan sesekali kita sia-siakan. Allah tidak pernah menghalang hambanya untuk menuntut sebanyak mana pun ilmu didunia ini. Kerana itu juga salah satu tujuan kita. Ilmu ini terbahagi kepada dua. Ilmu DUNIA dan Ilmu AKHIRAT. Jangan pernah berat sebelah. Dalam menuntut ilmu adakalanya kita tamak. Namun jangan keterlaluan. Ilmu takkan lari. Namun jangan pula kita sia-siakan peluang yang ada. Berusaha untuk memilikinya. Kerana ilmu itu sangt berguna bukan sahaja kepada kita tapi kepada semua.

Tuesday, June 7, 2011

Antonym

Hari-hari yang berlalu menyimpan sejarah. Adakalanya ia indah, adakalanya ia amat menyakitkan. Namun, begitulah lumrah hidup seorang manusia. Mana mungkin kte mampu kawal semua perkara. Hanya Allah penentu segala. Namun takdir itu bisa berubah jika kte berusaha untuknya. Tapi, jika usaha itu tidak memberi hasil yang seperti kte harapkan jangan lah berduka dan kecewa. Adakalnya Allah cuba menguji hambanya. Kte harus tetap kuat hadapi segala ujian darinya. Kerana ia tanda bahawa Allah sayangkan hamba-hambanya. Setiap ujian yang datang itu Allah tahu hambanya pasti mampu. Cuma adakalanya kte kurang keyakinan, kte kurang kesedaran bahawa Allah sentiasa bersama. Sebenarnya, kte tahu Allah ada dan Allah sentiasa bersama kita walau dalam keadaan apa sekalipun Allah tidak pernah jauh dari hambanya cuma sbgai manusia kte punya nafsu dan keinginan dan sekeliling kte terlalu banyak bisikan yang membuatkan kte lari dari kebaikan dan lupa padaNYA. Bak kata orang, untuk mendapatkan yang baik memang susah. Kte perlu berkorban, kte perlu merasa sakit. Namun, dari situlah baru kte ketahui betapa bernilainya sesuatu. Tapi manusia sering mencari jalan mudah. Allah jadikan panas, hujan, ribut, taufan pasti bersebab. Sekalipun adakalanya ia menyusahkan namun adakalnya ia juga amat berguna. Setiap perkara ada baik dan buruknya. Setiap perkara yang terjadi itu ada hikmahnya. Dari situ, baru kte sedar betapa kerdilnya kte da betapa besarnya kuasa Maha Esa.

Sunday, June 5, 2011

Pemberian

Setiap hari kte memperoleh secebis pemberian yang amat bernilai iaitu pengalaman. Pengalaman bukanlah sesuatu yang boleh kte peroleh hanya dengan melihat atau mendengar. Tapi ia adalah sesuatu yang kte rasa. Hari-hari kte lalui tidak pernah bernilai ZERO. Pasti ada sesuatu yang kte peroleh. Sama ada ia sesuatu kebaikan atau pun kesusahan tapi ia sesuatu yang amat bernilai. Tuhan sentiasa inginkan yang terbaik buat hamba-hambanya. Adakalanya kte tdak sedar akan semua itu. Namun, diakhirnya nanti kte pasti akan mengerti. Hidup ini adakalanya berselindungkan kepura-puraan. Asalnya sesuatu perkara itu dapat kte ubah sekelip mata jika kte mampu untuk berpura-pura. Anehnya, manusia lebih banyak cenderung kearah berpura-pura. Sedangkan realiti sudah banyak memberi kesakitan mengapa pula harus berpura-pura hanya sekadar untuk sembunyikan perasaan. Perasaan, sesuatu yang tak dapat kte lihat,rasa atau dengar. Ajaibnya, kte akan ketahui jua melalui bisikan yang kte tdak pernah ketahui dari mana arahnya. Bisikan itu buat kte kenal dah faham apa yang kita rasa. Hidup ini tidak boleh bergantung pada hati semata-mata. Kte perlu fikir baik buruknya. Disitu lah dimana kte gunakan akal fikiran yang Allah berikan. Mampukah hati untuk kuat dimana ujian tak pernah berhenti kunjung tiba. Mampukah iman memelihara apa yang diamanahkan kepada kita. Mampukan badan ini kuat hadapai segalanya yang melanda. kakuatan tak mungkin dapat dieproleh dengan tubuh badan yang sasa, akal yang bijaksana dan wang berjuta. salah satu punca kekuatan seseorang manusia adalah bagaimana hati mereka tetap teguh hadapi segala ujian yang datang melanda. Bukan mudah untuk memproleh kekuatan. Kekuatan itu ibarat tumbuhan, untuk melihat ia membesar dengan baik kte perlu baja ia, segarkannya dengan siraman air mutiara dan ia perlu disinari dengan cahaya yang membara. Pada dasarnya kekuatan itu adalah dariNYA. Bila manusia telah peroleh apa yang mereka harapkan mereka terlupa dari mana asalnya pemberian itu, siapa pemilik asalnya. Apa yang kte pinta InsayaAllah bakal dimakbulkan oleh nya. Cuma bagaimana ia hadir dalam hidup kita tak dapat kita tafsirkannya. Pemberian itu suatu beharga. Kte tak mungkin dapat menukarnya dengan hanya menyebut harga. Hargailah ia, sekalipun kte tak mampu buat apa-apa, percayalah anugerah dari Allah pasti akan tiba. Tabahkan lah jiwa untuk bersabar buat seketika. Pertolongan Allah pasti akan menerpa, meringankan segala beban yang kita tanggung. Allah Maha Agung, DIA maha mengetahui segala sesuatu.