Sunday, November 2, 2008

Perjuangan...

Setiap manusia di muka bumi ALLAH ini punyai tujuan hidup.Tujuan juga adalah satu matlamat yang ingin dicapai oleh setiap insan.Setiap insan ingin setiap matlamat mereka tercapai.Tapi sebagai manusia kita haruslah berusaha dan berjuang untuk memastikan setiap matlamat kita tercapai. Setiap perjuanagn yang kita lakukan pasti ada pengorbanan dan ALLAH sentiasa menguji umatnya dalam melakasanakan segala pekerjaan.begitu juga dalam hal ibadah.Bertuahnya kita jika kita sentiasa mendapat ujian dari NYA.kerana setiap ujian yang diterima adalah satu pengalaman yang mengajar kita menghadapi hari yang mendatang dengan lebih berani dan cekal. Pengalaman tak boleh dibeli tapi mesti dicari. Setiap ujian itu selalunya akan membuat kita resah.Tapi di akhirnya percayalah kita akan rasa kenikmatannya yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.Jadi hadapilah setiap ujian dengan hati yang terbuka,dan bagiku... ujian yang diberi oleh NYA adalah satu petunjuk bahawa ALLAH masih mengingati hamba-hambanya.Walaupun pada mulanya kita merasa sakit tapi disebalik ujian itu terselindung hikmah yang sangat bermakna.ALLAH tak mungkin menghukum hambanya hanya dengan ujian tapi ujian itu adalah satu pemberian yang sangat berguna bagi kita.

No comments:

Post a Comment