Sunday, April 26, 2009

Seindah Kilauan Mutiara...

Bila kita berjauhan, muncul satu perasaan yang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata.Banyak persoalan yang bermain difikiran kita.Bila tiba saat itu hati mula keliru, fikiran pulak semakin bercelaru, segalanya serba tak kena. Sesetangah dari kita menyalahkan diri sendiri, ada pula yang terasa diri mereka dilamun perasaan yang aneh, mungkin ia sesuatu yang susah difahami tapi sangat bermakna…Pasti ada yang akan berfikir, adakah ini RINDU, SAYANG atau CINTA…Apa pun jua perasaan itu, hanya kita dan maha Esa sahaja yang tahu…Kadang-kadang manusia sering salah faham dengan semua perkataan diatas…Tak semua perasaan itu akan muncul hanya pada insan yang kita gelar sebagai pasangan istimewa.Kadang-kadang kita lupa insan yang selalu bersama kita bukan sahaja dia tapi ramai lagi yang kita gelar mereka sebagai kawan, sahabat , atau teman…Terpulanglah pada setiap individu untuk menentukan siapa insan itu pada mereka…Dalam dunia ini pelbagai hubungan yang wujud…kalau nak disenaraikan banyak agaknya…Walaubagaimanapun, setiap hubungan itu bermula dengan persahabatan.Berjabat tangan tanda persahabatan(bukan pada jantina yang berbeza).Kita dapat lihat sekarang kuasa persahabatan.Kerana persahabatan manusia sanggup melakukan macam-macam perkara walaupun perkara yang kita tak pernah terpikirkan pun.Dalam setiap perhubungan termasuk lah persahabatan banyak dugaan yang akan kita tempuhi.Kuatnya satu perhubunagn itu tak semuanya kita nampak dengan jelas.Bila satu saat itu tiba, kita akan dapat lihat keasliannya.Ibarat mutiara yang tersembunyi di lautan dalam,tak siapa yang dapat lihat dengan jelas selagi cengkerang itu tidak terbuka dan selagi tiada siapa yang cuba untuk membukanya. Mungkin mutiara pun kita tak kenal bagaimana rupanya dan betapa cantiknya ia.

No comments:

Post a Comment