Tuesday, April 28, 2009

Kawan.Teman.Sahabat

Ada satu kata-kata dari seorang insan,
Katanya...

kadang2x ramai yang mendekati kita...
Tapi tak semua sering bersama...
Kadang2x kita sendirian...
Tapi ada yang mengintai dari belakang...
Kadang2x kita jatuh...
Dalam diam kita dibangkitkan...
Kadang2x kita lemah...
Muncul insan memberikan kekuatan...
Kadang2x kita sedih..
Wujud pula insan memberi kebahagiaan...
Siapakah mereka ???Kawan.Teman.Sahabat
jawapannya terpulanglah pada diri kita sendiri...

Sunday, April 26, 2009

Seindah Kilauan Mutiara...

Bila kita berjauhan, muncul satu perasaan yang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata.Banyak persoalan yang bermain difikiran kita.Bila tiba saat itu hati mula keliru, fikiran pulak semakin bercelaru, segalanya serba tak kena. Sesetangah dari kita menyalahkan diri sendiri, ada pula yang terasa diri mereka dilamun perasaan yang aneh, mungkin ia sesuatu yang susah difahami tapi sangat bermakna…Pasti ada yang akan berfikir, adakah ini RINDU, SAYANG atau CINTA…Apa pun jua perasaan itu, hanya kita dan maha Esa sahaja yang tahu…Kadang-kadang manusia sering salah faham dengan semua perkataan diatas…Tak semua perasaan itu akan muncul hanya pada insan yang kita gelar sebagai pasangan istimewa.Kadang-kadang kita lupa insan yang selalu bersama kita bukan sahaja dia tapi ramai lagi yang kita gelar mereka sebagai kawan, sahabat , atau teman…Terpulanglah pada setiap individu untuk menentukan siapa insan itu pada mereka…Dalam dunia ini pelbagai hubungan yang wujud…kalau nak disenaraikan banyak agaknya…Walaubagaimanapun, setiap hubungan itu bermula dengan persahabatan.Berjabat tangan tanda persahabatan(bukan pada jantina yang berbeza).Kita dapat lihat sekarang kuasa persahabatan.Kerana persahabatan manusia sanggup melakukan macam-macam perkara walaupun perkara yang kita tak pernah terpikirkan pun.Dalam setiap perhubungan termasuk lah persahabatan banyak dugaan yang akan kita tempuhi.Kuatnya satu perhubunagn itu tak semuanya kita nampak dengan jelas.Bila satu saat itu tiba, kita akan dapat lihat keasliannya.Ibarat mutiara yang tersembunyi di lautan dalam,tak siapa yang dapat lihat dengan jelas selagi cengkerang itu tidak terbuka dan selagi tiada siapa yang cuba untuk membukanya. Mungkin mutiara pun kita tak kenal bagaimana rupanya dan betapa cantiknya ia.

Friday, April 24, 2009

Kenalkah Anda PadaNYA???

Kita membina impian,
Tapi kadang-kadang hanya agan-angan,

Kita mencipta harapan,
Tapi tak semua menjadi kenyataan,

Kita penat berusaha,
Tapi tak bermakna semuanya berjaya,

Kita amalkan berdoa,
Tapi Allah menentukan segalanya,

Kita pernah merasa kecewa,
Itu ujian Allah pada hambanya,

Kita menempuh kegagalan,
Supaya kita kenal apa erti kejayaan,

Kita kenal erti sayang,
Supaya manusia tidak bersikap kejam,

Kita kenal apa itu cinta ,
Kerana ia anugerah darinya.

Tapi pernahkah kita terpikir??? Adakah kita kenal siapa DIA???
Yang memberi kita impian, harapan, mengenalkan kita erti cinta dan sayang…

Putih Atau Hitam

Dunia ini sangat indah…kadang2x kita sebagai manusia sering buta dengan apa yang kita dapat lihat…Dan adakalanya kita hilang ingatan pada insan yang sering membuatkan kita kuat dan sentiasa disisi kita setiap saat dan waktu membantu kita mengharungi hidup ini dengan tabah dan tenang. Sesetengah perkara yang datang mencuri ketenangan merupakan ujian yang sanagt bernilai.Sungguhpun ianya pahit untuk ditelan tetapi manisnya tak dapat kita bandingkan dengan madu. Hanya kita dan DIA sahaja yang tahu.Sesusahmana pun hidup ini, bila yang Maha Esa muncul dengan hidayah NYA.Manusia merasa sangat indah hidup ini sehingga tak dapat diungkap dengan kata2x…Pernahkah kita termenung seketika menyingkap sejarah hidup kita sebelum ini.Jika diteliti kembali peristiwa yang pernah kita alami dan watak2x yang terlibat dalam hidup kita percayalah kita akan dapat rasa betapa DIA menyayangi hamba-hambanya.Sedikit demi sedikit kita diuji dengan kekecewaan, kegagalan, ketakutan dan macam2x lagi duri yang sentiasa mencalari hati dan tubuh kita. Semuanya amat manyakitkan,tapi tersembunyi suatu yang amat bernilai yang tak dapat kita beli dengan wang ringgit.Ia tak dapat diperdagangkan tapi kerana bukan semua akan mendapatkannya. Hari ini adalah sejarah bagi esok.Esok adalah sejarah bagi hari yang berkiutnya dan seterusnya...sampai satu masa nant kita pasti akan menyingkap kembali kisah pada hari ini.Meskipun apa yang berlaku pada hari ini adalah hari yang paling perit dalam hidup ini.Hari ini mengajar kita untuk perbaiki kelemahan nya.Manusia ini ibarat pelakon pentas.Dalam setiap lakonan pasti ada watak jahat dan baik…Sebaik manapun watak utama pasti ada kesilapan yang dilakukan.Watak jahat pula, sejahat mana pun mereka itu pasti ada sedikit kebaikan yang dilakukan walaupun perasaan belas kasihan pada insan lain.Setiap penciptaannya adalah samarata.Dalam diri manusia ini ada putih dan hitam.Terpulang pada kita untuk memilih antara kedua warna itu.Sekalipun kita memilih untuk hanya memilih satu warna yang akan mewarnai hidup ini tapi warna satu lagi akan wujud jua cuma bezanya sedikit atau banyak.Kain putih takkan sentiasa bersih..tetapi kalau kita pandai menjaga…kain putih itu akan sentiasa bersih dari segala kekotoran yang kita sendiri cipta…Begitu juga manusia.Lahirnya kita dari bayi yang suci dari dosa hinggalah kita memiliki kitab kiri dan kanan.

Sunday, April 5, 2009

Pusingan Hidup

Dalam hidup ni memang banyak persoalan terutama sekali tentang perkara mcm yang awak fikirkirkan 2.Bila sampai satu saat manusia pasti akan tertanya tanya apa e2 cinta and apa plak 2 sayang rindu and bermacam2x lagi la...Bak kata orng bunga bukan sekuntum.Nak cari bunga yang betul2x wangi and sedap mata memandang bayak je kat dalam dunia ni.Sedar tak sedar kat sebelah pun ada bunga.Manusia ni byk ragam.Susah nak dimengerti.Betul tak?Kadang2x kita nampak sesuatu tue cantik ya amat.Tapi kita lupa nak fikir secantik mana ia.Ibarat bulan, kalau dari jauh cahaya nya wat semua orng terpegun,tapi bila diteliti kembali paham2x je la kan.Kadang2x manusia ni buta, ada plak diantaranya ibarat orng buta bertongkat.Walaupun tak nampak, dah ada jalan yang orng lain tunjuk kan.Kalau secara logik nya pemilihan sesuatu itu berbeza bg setiap insan.Ada yang suka bila mcm ni.Ada plak yang lain darinya.Tak kisahla mcm mana pun tapi yang penting adalah apa yang benar2x wajib ada pada diri seseorang,yang lain elektif je.Dalam pelajaran pun ada kan matapelajaran wajib and elektif.Dunia sekarang tak membenarkan kita mencari insan yang benar2x bersifat ikhlas dan sejati.Dunia yang penuh dengan kisah2x asyik sekarang buat manusia alpa.Baik dan buruk dah bercampur aduk...Tapi bertuah nya kita kalau dapat cari insan yang ibarat permata dalam lautan.Sama ada dia lelaki atau perempuan bukan mudah nak teggelam ke dasar lautan yang dalam untuk dapat sebiji mutiara.Banyak dugaan nya.Jadi kita kena selalu ingat bukan mudah nak yang terbaik.Kalau nak jadi seburuk syaitan sangat mudah.Allah akan kurniakan umat nya hidup yang bahagia kalau kita sentiasa ingat padaNYA dan berusaha untuk apa yang kita impikan.Semua itu ditangan ALLAH.Jadi fikir-fikirkanlah.Hidup ini banyak menguji kesabaran manusia.Kuat atau lemah kita sendiri tentukan.