Thursday, October 29, 2009

Hari - Hari Yang Berlalu

Kita sering merancang tapi Tuhan yang menentukan. Kadang - kadang tak semua yang kita rancang menjadi kenyataan dan adakalanya yang tak pernah terpikir hadir dalam hidup kita. Manusia sering berharap dan setiap harapan itu punya nilai yang tersendiri dan amat bermakana bg setiap insan. Bila dugaan datang , segala yanag diimpikan hancur dipertengahan jalan. Bila diri terlalu menginginkan sesuatu itu, kita pasti cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya. Tapi tanpa diduga ia punah dan diakhirnya batin yang merana. Hari - hari yang berlalu telah bnyak mengukir cerita dalam hidup kita. Setiap yang tersirat pasti akan tersurat. dan setiap yang tersurat itu belum tentu adalah satu perkara yang baik. Adakalanya ia akan lebih menyakitkan. Musim bunga tak mungkin kekal selamanya, musim sejuk pasti akan berpanas jua. Bila difikirkan kembali, manusia ingin melihat setiap harapan mereka menjadi kenyataan. Setiap yang kita pinta belum tentu yang terbaik untuk kita. Dan bukan semua yang kita benci akan buat kita merana. Realitinya sesuatu yang kita tak suka datang menerpa tanpa isyarat. walaubagaimanapun, setiap yang berlaku itu ada sebab dan akibatnya. Ibarat kisah cinta, belum tentu insan yang benar - benar kita sayang adalah insan yang bakal bergelar suami/isteri. Hidup ini ibarat teater hidup. Malah mungkin hebat dari itu. Sesiapa pun boleh menjadi watak utama. Bukan mudah untuk kita mengubah apa yang telah tersutrat. Cara yang lebih baik adalah terimalah dengan hati yang terbuka. Hadapilah ia dengan tabah dan tenang. Dan hiasilah wajahmu dengan senyuman...

Thursday, June 18, 2009

Takdir

Kita sering belajar dari perkara yang berlaku dalam hidup yang kita gelar sebagai pengalaman.Kadang-kadang kita tak sedar perkara itu berulang pada masa akan datang…Manusia sering lupa kesilapan yang mereka pernah lakukan sebelumnya.Memang kita tak pernah minta semua itu terjadi tetapi dengan kehendaknya perkara itu pasti akan berlaku.Apa pun sesuatu yang kita tak nak pasti akan muncul jua , apa yang berbeza adalah masa ia menjadi realiti.Memang benar perkara yang tidak kita ingini pasti berlaku sebaliknya perkara yang kita harap-harapkan belum tentu menjadi kenyataan.Itu lah kehidupan,walaubagaimanapun setiap yang tersirat akan tersurat.Begitu jualah hidup,apa yang terjadi pasti ada sebab yang munasabah.Mungkin kita belum berpeluang untuk melihatnya.Masa akan terus beredar meninggalkan sejarah.semakin jauh kita dari sejarah baru lah kita nampak hikmah yang terselindung. Ya memang betul,kadang-kadang yang berlaku itu melukakan banyak hati.Tapi itu bukan kehendak kita, kesilapan itu pun adalah kehendakNYA.Kita sedar semua itu bila kita nampak kesannya.Dunia ini penuh dengan tanda tanya dan sangat misteri.Adakalanya ia mengembirakan dan adakala juga ia amat menyakitkan.Well,pengalaman mengajar kita erti hidup.Sebenarnya kita sering berpura-pura bukan sahaja pada insan lain tapi juga pada diri sendiri.Bila diteliti kembali kita sering menafikan apa yang kita rasa walaupun ia adalah benar.Sometimes it is very hard to be an honest person.Itulah, bukan mudah untuk menjadi orang yang baik.Tetapi setiap kali kita mencuba pasti ada dugaan nya.Yang lemah pasti akan berputus asa,pada yang kuat sekalipun mereka terluka mereka tetap teruskan perjuangan. Bila waktu semakin suntuk,kadang-kadangtak semua dapat capai cita-cita mereka.walaubagaimanapun dugaan dan kelukaan yang mereka rasa membuatkan mereka percaya sekalipun perjuangan masih belum selesai tapi Allah telahpun menjadikan nya kenyataan.Betulkan, dunia ini penuh dengan misteri yang belum terungkai.

Wednesday, June 17, 2009

Belenggu Nafsu

Kadang2x kita sering tertanya kenapa diri sering mengulangi perkara yang telah pun kita kesali.Pada dasarnya diri tidak ingin mengulanginya kembali tapi seolah-olah terdorong untuk melakukannya.Kemudian kita kesali lagi.Dalam tak sedar perkara itu telah berlaku lebih dari yang kita jangka.Hingga saat itu kita mula rasa takut,kecewa,dan mula menganggap diri tidak berguna.Ada pula yang berfikir bahawa diri ini tidak layak untuk menerima keampunan NYA...Pada saat itu air mata mula menitis mengharapkan segala keresahan hilang.Dua pertiga malam kita mula bertaubat atas segala dosa yang kita kumpul selama hidup ini.Disaat itu segala perasaan menyelubungi.Tetapi disaat itulah kita peroleh ketenangan.Dunia yang penuh pancaroba ini membuatkan kita tertekan untuk mempertahankan yang benar.Dari itu Allah menguji hambanya sedikit demi sedikit.Mula dari diri sendiri.Selagi kita kalah pada nafsu diri kita sendiri selagi itulah kita terbelenggu dengan kegelapan.Nafsu sering membelenggu kita,dari itu kita haruslah berusaha mengatasinya.Selagi kita tidak berputus asa kita pasti dapat atasi nya.Hidup ini selalu menguji kita.Allah sentiasa perhatikan hamba-hambanya...Sekalipun kita lupa dan lalai menjalankan perintahnya...Tapi Allah itu maha pengampun.Dia sentiasa beri peluang kedua kepada hamba-hambanya...Tapi ada dikalangan kita mensia-siakan peluang ynag diberi.Allah bersifat pemurah pada hambanya.Cuba kita kenangkan kembali segala anugerah yang kita perolehi...pasti tak terkira bayaknya...

Tuesday, June 16, 2009

Pantun Dunia

Hujan mencurah ibarat tangisan,
Air mata jatuh berlinangan,
Dunia ini hanya pinjaman,
Sementara nyawa dikandung badan.

Bunga sekuntum menjadi hiasan,
Buat tatapan beribu insan,
Manusia alpa keakhir zaman,
Luput ingatan kepada Tuhan.

Bila mentari mula bercahaya,
Alam mula gelap gelita,
Hidup kita tak kekal selamanya,
Kepada Allah kembali jua.

Tuesday, June 2, 2009

Dunia Insan...

Dunia ini terlalu banyak kejutan. Selalunya sebagai manusia kita sukakan perkara yang mengejutkan, walaupun adakalanya ia perkara buruk. Tapi setiap kejutan itu muncul dari arah yang kita tak sedar dan kita tak pernah menyangkanya.Hidup ini terlalu misteri.Tukang tilik terhandal pun belum tentu dapat membongkar rahsia nya kan (...gurauan).Tapi manusia ni sebenarnya tak nampak keajaiban yang berlaku.Suatu benda yang sangat menarik kan.kadang-kadang kita rasa hidup ini kosaong bila tak ada perkara yang membuatkan kita sedih, sakit atau kecewa.Kalau hidup yang hanya penuh dengan gelak tawa sahaja, manusia pasti terleka dengan segala keseronokan itu dan akhirnya mereka tenggelam hingga kedasarnya.Setelah itu baru mereka sedar bahawa diri mereka jauh ketinggalan.Zaman berubah mengikut peredaran masa.Bila kita bazirkan minit yang kita perolehi ibarat kita buang satu peluang yang besar yang tak mungkin kita miliki lagi.Setiap detik waktu yang berlalu dalam hidup ini memberi sejuta erti.Untuk kita tahu dan mengerti erti sebenar semua itu bukan mudah...pusing kepala jugak nak memikirkannya.Adakalanya kita terlalu memikirkan masalah yang kita hadapi terlalu mendalam sehingga kita membekukan fikiran.Sebenarnya bila difikirkan balik..tak guna pun kita terlalu berfikir sehingga otak pun makin pusing dan akhirnya makan diri sendiri.Kan bagus kalu kita cuba bertenang dan hadapi nya dengan tabah.Untuk jadi kuat bukan la sanagt mudah tapi kita sering lupa bahawasanya Allah sentiasa disisi kita sekalipun kita lupa padanya.Itu lah sikap yang sering kita lakukan.Masalah yag paling besar dalam dunia ini pun dapat kita selelsaikan.Cuma bukan hanya dengan memetik jari tapi berusaha dan berdoa.Jalan penyelesaian sbenarnya dekat dengan kita cuma kita je yang buta.

Sunday, May 31, 2009

Rahsia Dunia...

Hujan turun mencurah menemani air mata yang mengalir,tersembunyi satu rahsia yang tak dapat diungkapkan.Rahsia yang merangkumi semua perkara.Hati ini ibarat bekas yang menadah setiap titis air mata yang jatuh dari pipi ke bumi.Perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan lisan amat menyakitkan dan merosakkan jiwa.Bila ia dipendam semakin membara ia membakar diri kita.Dunia luar sudah cukup memberi tekanan dan setiap dari nya adalah duri yang sangat berbisa.manusia tak cukup kuat untuk berdiri dengan sendiri tanpa ada tempat untuk mereka bergantung.Sekalipun diri punya keegoan yang setinggi langit tapi diri tetap punya rasa simpati.Keras hati bukanlah sesuatu yang buruk tapi ada antaranya mempunyai sebab yang kukuh.Kita tak nampak apa yang bakal kita tempuh tapi kita mungkin sedar semuanya adalah dari kelemahan kita sendiri.Menyalahkan diri sendiri sememangnya dapat menenangkan hati tapi sebaliknya kita tak sedar bahawa kita telahpun sesali apa yang ditakdirkan.Bukan mudah untuk menegakkan kebenaran tanpa kita bekorban.Tapi setiap titik peluh kita pasti mendapat ganjaran darinya.Tunggu dan lihatlah betapa besar nya Maha Pencipta.Sekalipun dunia ini adakalanya perit tetapi setiap keperitan itu sangat berbaloi.Bila kita sudah nampak hikmahnya pasti kita lupa bertapa beratnya diri sebelum ini menelan segala racun yang hadirnya tanpa diundang kemudian pergi meninggalkan banyak persoalan.Semua persoalan itu terjawab denagan sedirinya...

Filem Hidup

Sebagai manusia di Bumi Allah ini.Kadang-kadang kita lupa tanggungjawab kita di dunia ni.Bila tiba satu saat,kita mula lalai dengan tanggungjawab yang kita pikul.Hati dihiasi warna dunia yang pada dasarnya hanya sementara.Sesungguhnya manusia ini sangat lemah dengan godaan.Walaupun kebahagian itu sementara tapi masih ingin mengejar nya.Kadang-kadang kita tamak,semua yang beharga ingin kita jadikannya milik kita.Semuanya kerana nafsu,raja yang bertahta dalam jiwa mnusia yang memberontak mahukan kekayaan dari segala aspek terutama nilainya iaitu harta dunia.Masa terus berlalu meninggalkan sejarah hidup lalu.Hati riang gembira menikmati dunia sementara.Akhirnya,kita mula lupa untuk patuh dan tunduk pada yang Esa.Walaupun begitu,Maha Esa tak pernah lupa kan kita kerana DIA tahu masih wujud ruang dihati kita untuk kembali pulang ke tempat asal.Sayang sekali kita tak dapat lihat semua itu.Hari-hari yang berlalu meninggalkan kesan yang mendalam pada diri setiap insan.Kita tak nampak apa yang bakal berlaku,sehinggalah hari itu tiba.Tibanya saat itu,barulah manusia sedar bahawa sudah banyak kejahatan yang telah mereka cipta sepanjang perjalanan hidup mereka.Disisni, bermulalah episod baru dalam cerita hidup kita.Manusia mula mencari jalan lurus dan suci.Mereka dahagakan ketenangan dan mula mencari iman.Bukannya sebelum ini kita tak mamilikinya,cuma kita tak sedar ia wujud dalam diri kita.Pengakhiran cerita hidup adalah kembali kepada yang Maha Esa iaitu Maha Pencipta.Ada yang berakhir dengan tangisan,ada juga yang berakir dengan gelak ketawa dan paling menyedihkan ia berakhir dengan kekecewaan.Filem hidup ini adalah ditangan kita untuk memilih pengakhirannya.Tapi takdir lebih berkuasa.Kita cuma mampu berusaha tapi apa pun setiap peristiwa yang bakal berlaku ada hikmah disebaliknya.Berusahalah untuk mencipta filem hidup yang penuh dengan cahaya dariNya.

Tuesday, April 28, 2009

Kawan.Teman.Sahabat

Ada satu kata-kata dari seorang insan,
Katanya...

kadang2x ramai yang mendekati kita...
Tapi tak semua sering bersama...
Kadang2x kita sendirian...
Tapi ada yang mengintai dari belakang...
Kadang2x kita jatuh...
Dalam diam kita dibangkitkan...
Kadang2x kita lemah...
Muncul insan memberikan kekuatan...
Kadang2x kita sedih..
Wujud pula insan memberi kebahagiaan...
Siapakah mereka ???Kawan.Teman.Sahabat
jawapannya terpulanglah pada diri kita sendiri...

Sunday, April 26, 2009

Seindah Kilauan Mutiara...

Bila kita berjauhan, muncul satu perasaan yang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata.Banyak persoalan yang bermain difikiran kita.Bila tiba saat itu hati mula keliru, fikiran pulak semakin bercelaru, segalanya serba tak kena. Sesetangah dari kita menyalahkan diri sendiri, ada pula yang terasa diri mereka dilamun perasaan yang aneh, mungkin ia sesuatu yang susah difahami tapi sangat bermakna…Pasti ada yang akan berfikir, adakah ini RINDU, SAYANG atau CINTA…Apa pun jua perasaan itu, hanya kita dan maha Esa sahaja yang tahu…Kadang-kadang manusia sering salah faham dengan semua perkataan diatas…Tak semua perasaan itu akan muncul hanya pada insan yang kita gelar sebagai pasangan istimewa.Kadang-kadang kita lupa insan yang selalu bersama kita bukan sahaja dia tapi ramai lagi yang kita gelar mereka sebagai kawan, sahabat , atau teman…Terpulanglah pada setiap individu untuk menentukan siapa insan itu pada mereka…Dalam dunia ini pelbagai hubungan yang wujud…kalau nak disenaraikan banyak agaknya…Walaubagaimanapun, setiap hubungan itu bermula dengan persahabatan.Berjabat tangan tanda persahabatan(bukan pada jantina yang berbeza).Kita dapat lihat sekarang kuasa persahabatan.Kerana persahabatan manusia sanggup melakukan macam-macam perkara walaupun perkara yang kita tak pernah terpikirkan pun.Dalam setiap perhubungan termasuk lah persahabatan banyak dugaan yang akan kita tempuhi.Kuatnya satu perhubunagn itu tak semuanya kita nampak dengan jelas.Bila satu saat itu tiba, kita akan dapat lihat keasliannya.Ibarat mutiara yang tersembunyi di lautan dalam,tak siapa yang dapat lihat dengan jelas selagi cengkerang itu tidak terbuka dan selagi tiada siapa yang cuba untuk membukanya. Mungkin mutiara pun kita tak kenal bagaimana rupanya dan betapa cantiknya ia.

Friday, April 24, 2009

Kenalkah Anda PadaNYA???

Kita membina impian,
Tapi kadang-kadang hanya agan-angan,

Kita mencipta harapan,
Tapi tak semua menjadi kenyataan,

Kita penat berusaha,
Tapi tak bermakna semuanya berjaya,

Kita amalkan berdoa,
Tapi Allah menentukan segalanya,

Kita pernah merasa kecewa,
Itu ujian Allah pada hambanya,

Kita menempuh kegagalan,
Supaya kita kenal apa erti kejayaan,

Kita kenal erti sayang,
Supaya manusia tidak bersikap kejam,

Kita kenal apa itu cinta ,
Kerana ia anugerah darinya.

Tapi pernahkah kita terpikir??? Adakah kita kenal siapa DIA???
Yang memberi kita impian, harapan, mengenalkan kita erti cinta dan sayang…

Putih Atau Hitam

Dunia ini sangat indah…kadang2x kita sebagai manusia sering buta dengan apa yang kita dapat lihat…Dan adakalanya kita hilang ingatan pada insan yang sering membuatkan kita kuat dan sentiasa disisi kita setiap saat dan waktu membantu kita mengharungi hidup ini dengan tabah dan tenang. Sesetengah perkara yang datang mencuri ketenangan merupakan ujian yang sanagt bernilai.Sungguhpun ianya pahit untuk ditelan tetapi manisnya tak dapat kita bandingkan dengan madu. Hanya kita dan DIA sahaja yang tahu.Sesusahmana pun hidup ini, bila yang Maha Esa muncul dengan hidayah NYA.Manusia merasa sangat indah hidup ini sehingga tak dapat diungkap dengan kata2x…Pernahkah kita termenung seketika menyingkap sejarah hidup kita sebelum ini.Jika diteliti kembali peristiwa yang pernah kita alami dan watak2x yang terlibat dalam hidup kita percayalah kita akan dapat rasa betapa DIA menyayangi hamba-hambanya.Sedikit demi sedikit kita diuji dengan kekecewaan, kegagalan, ketakutan dan macam2x lagi duri yang sentiasa mencalari hati dan tubuh kita. Semuanya amat manyakitkan,tapi tersembunyi suatu yang amat bernilai yang tak dapat kita beli dengan wang ringgit.Ia tak dapat diperdagangkan tapi kerana bukan semua akan mendapatkannya. Hari ini adalah sejarah bagi esok.Esok adalah sejarah bagi hari yang berkiutnya dan seterusnya...sampai satu masa nant kita pasti akan menyingkap kembali kisah pada hari ini.Meskipun apa yang berlaku pada hari ini adalah hari yang paling perit dalam hidup ini.Hari ini mengajar kita untuk perbaiki kelemahan nya.Manusia ini ibarat pelakon pentas.Dalam setiap lakonan pasti ada watak jahat dan baik…Sebaik manapun watak utama pasti ada kesilapan yang dilakukan.Watak jahat pula, sejahat mana pun mereka itu pasti ada sedikit kebaikan yang dilakukan walaupun perasaan belas kasihan pada insan lain.Setiap penciptaannya adalah samarata.Dalam diri manusia ini ada putih dan hitam.Terpulang pada kita untuk memilih antara kedua warna itu.Sekalipun kita memilih untuk hanya memilih satu warna yang akan mewarnai hidup ini tapi warna satu lagi akan wujud jua cuma bezanya sedikit atau banyak.Kain putih takkan sentiasa bersih..tetapi kalau kita pandai menjaga…kain putih itu akan sentiasa bersih dari segala kekotoran yang kita sendiri cipta…Begitu juga manusia.Lahirnya kita dari bayi yang suci dari dosa hinggalah kita memiliki kitab kiri dan kanan.

Sunday, April 5, 2009

Pusingan Hidup

Dalam hidup ni memang banyak persoalan terutama sekali tentang perkara mcm yang awak fikirkirkan 2.Bila sampai satu saat manusia pasti akan tertanya tanya apa e2 cinta and apa plak 2 sayang rindu and bermacam2x lagi la...Bak kata orng bunga bukan sekuntum.Nak cari bunga yang betul2x wangi and sedap mata memandang bayak je kat dalam dunia ni.Sedar tak sedar kat sebelah pun ada bunga.Manusia ni byk ragam.Susah nak dimengerti.Betul tak?Kadang2x kita nampak sesuatu tue cantik ya amat.Tapi kita lupa nak fikir secantik mana ia.Ibarat bulan, kalau dari jauh cahaya nya wat semua orng terpegun,tapi bila diteliti kembali paham2x je la kan.Kadang2x manusia ni buta, ada plak diantaranya ibarat orng buta bertongkat.Walaupun tak nampak, dah ada jalan yang orng lain tunjuk kan.Kalau secara logik nya pemilihan sesuatu itu berbeza bg setiap insan.Ada yang suka bila mcm ni.Ada plak yang lain darinya.Tak kisahla mcm mana pun tapi yang penting adalah apa yang benar2x wajib ada pada diri seseorang,yang lain elektif je.Dalam pelajaran pun ada kan matapelajaran wajib and elektif.Dunia sekarang tak membenarkan kita mencari insan yang benar2x bersifat ikhlas dan sejati.Dunia yang penuh dengan kisah2x asyik sekarang buat manusia alpa.Baik dan buruk dah bercampur aduk...Tapi bertuah nya kita kalau dapat cari insan yang ibarat permata dalam lautan.Sama ada dia lelaki atau perempuan bukan mudah nak teggelam ke dasar lautan yang dalam untuk dapat sebiji mutiara.Banyak dugaan nya.Jadi kita kena selalu ingat bukan mudah nak yang terbaik.Kalau nak jadi seburuk syaitan sangat mudah.Allah akan kurniakan umat nya hidup yang bahagia kalau kita sentiasa ingat padaNYA dan berusaha untuk apa yang kita impikan.Semua itu ditangan ALLAH.Jadi fikir-fikirkanlah.Hidup ini banyak menguji kesabaran manusia.Kuat atau lemah kita sendiri tentukan.

Sunday, February 8, 2009

Muslim Sejati

Pengalaman....Buat kita sedar hidup ini tak semudah yang kita sangka...Dalam diam manusia disekeliling kita ada diantaranya syaitan yang bertopengkan manusia...Kisah pahit dalam hidup ini menyedarkan kita bahawa apa yang pernah berlaku sepanjang perjalanan hidup kita sebelum ini bukan lah kerana kita yang ingin melakukannya tapi satu petunjuk dari yang maha ESA...Bak kate orang kisah buruk selalu berlaku sebab kita banyak melakukan dosa...Ada betulnya pendapat itu tapi kalau hidup hanya penuh denagan perkara yang baik...mungkin orang yang menikam kita dari belakang pun kita sanjung tinggi...Menipu bukan nya susah tapi yang ditipu lah yang akan merasa susahnya....Kadang2x kita tak boleh nak salahkan diri sendiri sahaja atas apa yang berlaku tapi cuba ambil iktibar...semua perkara yang buruk berlaku memang bukan kita minta tapi itu takdir hidup...Ibarat satu perhentian dalam satu perjalanan yang panjang...Kita memang akan merasa sesal atas tindakan kita...Apa yang boleh kita buat hanya insaf dan tidak mengulanginya...sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun...Jadi janganlah hukum diri sendiri plak...sedangkan ALLAH masih boleh menerima kita jadi untuk apa kita merasa gagal selamanya...kita kan manusia biasa yang tak pernah lari dari dosa...Ada nya dosa buat kita sedar apa yang baik dan buruknya...Kita bukan nabi atau malaikat...Kalau ALLAH wujudkan dosa jadi ALLAH pasti boleh menerima kalau ia wujud pada diri kita...ALLAH maha pencipta dan hanya DIA yang tahu kelemahan hamba-hambanya...Buangkan yang keruh ambil yang jernih...Barulah teguh peribadi sebagai muslim sejati...

Saturday, January 31, 2009

Khabaran Angin Lalu

Terkapar kapar ku kelemasan,
Sakit Dilambung ombak kerinduan,
Di dalam tidur di dalam jaga,
Diburu oleh mimpi yang serupa,
Mengapa aku jadi tidak menentu keranamu,
Ku menyusuri jalan berliku,
Membiarkan hari-hari berlalu,
Tiada salam tiada pesan,
Memaksa diri untuk melupakan,
Namun wajah mu bermain di mataku tiap waktu,
Malam ku suram siang ku kelam ku kegelisahan,
Mencari-cari kemana pergi harga diri ini,
Bertanyakn berita merisik khabar mendengar berita,
Melaluinya kau kuhampiri tiap hari bersama luka di hati….

Bila ditelitikan kembali rangkap yang tertulis di atas ia banyak menyimpan rahsia hati seseorang.Dan mungkin insan tersebut adalah kita sendiri.Siapa yang kita rindu???Perasaan itu buat kita merasa sakit di lubuk hati dan sakit itu tak dapat kita lihat dengan mata tapi dapat kita rasa dengan hati.Dalam sedar atau tidak kita sering dibelenggu oleh mimpi yang serupa.Apa yang pernah berlaku suatu ketika dulu dalam hidup kita kembali menyingkap tirai hati yang sudah lama tidak dibuka.Kadang-kadang hati kita tidak menentu kerana insan yang amat kita sayang.Jalan hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan yang tak pernah berhenti menguji kita.Hari-hari yang berlalu ibarat mimpi ngeri dan pengalaman pahit yang mengajar kita erti hidup dan bagaimana mengenal hati budi manusia. Apabila suatu peristiwa pahit berlaku dalam hidup ia ibarat racun yang meracuni jiwa.Ketika itu kita mula memaksa hati dan fikiran untuk melupakannya.Namun bayangan masa silam tak mungkin lenyap begitu sahaja.Semua pengalaman yang pernah kita alami adalah sejarah hidup yang tak mungkin dapat kita singkirkan dari fikiran .Mungkin ia akan sentiasa menghantui kita.Ibarat hati yang terluka akibat cinta dusta.Bayangan insan tersebut tak mungkin luput dari ingatan malahan ia sering membuat kita mengalirkan air mata.Malam tak lagi seindah dulu,siang tidak lagi secerah dulu.Hati juga tidak lagi seceria dulu.Kesilapan yang pernah kita lakukan dalam hidup tak mungkin dapat kita lupakan.Ibarat parut yang sukar untuk kita kita hilangkan dari pandangan.Kita pasti akan bertanya kemana hilang nya harga diri kita.Kerana itulah anugerah yang amat bernilai yang kita miliki.Manusia sering lalai dengan kemewahan sementara sehingga menyebabkan mereka lupa permata yang amat berharga dalam hidup.Ayah dan ibu jauh dari pandangan …mungkin juga mereka sudah pergi untuk selamanya.Selagi kita masih hidup jangan lah kita lupa siapa yang mendidik dan menyayangi kita hingga dewasa.Tak mungkin ada dalam dunia ini kasih sayang dijual dimerata-rata.Jika ada, manusia tak mungkin lagi manusia.Kekejaman mungkin akan berleluasa.kerana sayangnya kita pada insan lain pasti membuatkan kita sering mengingtinya.Kita tak pernah lupa untuk menanyakan khabar mereka.Sekeras mana pun hati manusia ini, tak mungkin kita lupa insan yang kita sayang.Mungkin tak dapat kita lihat dengan mata kasar…Tapi mata hati tak pernah menipu kita.Bukan lah setiap masa kita perlu luahkan kata sayang pada insan yang kita sayang.Perlakuan kita juga sudah cukup untuk menunjukkan ada sayang dihati kita.Mungkin sesetengah insan pernah terluka oleh insan yang mereka sayang.Hancurnya hati kita bila insan yang kita sayangi hilang dari pandangan atau sudah menjadi hak insan lain atau pun sudah pergi untuk selamanya.Tapi hati tak boleh menipu sekalipun tutur kata kita menyatakan yang kita benci padanya sebaliknya kita ingin berada dekat dengan nya.Tapi satu perkara yang tak mungkin kita dapat elakkan iaitu hati yang terluka pasti akan menjadi parah.Tapi janganlah hukum diri kerana cinta yang tidak menjadi.Manusia sering lupa bahawa cinta yang paling indah dan sentiasa bersama kita adalah cinta ynag MAHA ESA.Allah tak mungkin akan lupa hambanya.Apa yang paling penting adalah cinta NYA lebih bermakna dari segala cinta yang kita pernah kita kejar.Tak salah untuk kita menyintai insan lain.Kita makhluk tuhan yang punya keinginan untuk meyinta dan dicintai.Tapi cinta yang kita kejar janganlah sampai kita hanyut dan lupa untuk menaruh cinta NYA.Semua ini adalah tafsir dari seorang insan yang bergelar sahabat. Mungkin ada betul dan ada juga salahnya.Apa pun hidup kita tak pernah lari dari hati yang kecewa, sedih, pilu, benci.Tapi semua perasaan ini memberi cahaya baru dalm hidup kita.Disini juga ALLAH cuba menguji hambanya.Jadi,janganlah mudah berputus asa dalam hidup ini.Kecewa bukan perasaan yang tak dapat kita tangkis,malah ia membantu kita menjadi insan yang lebih berani.Hanya satu sahaja ubat bagi segala penyakit yang manusia alami….Semua itu dapat kita redakan bila kita mula mendekati NYA. Iaitu Maha Pencipta.Hanya ALLAH yang kenal dan tahu apa yang tersirat dihati hambanya.Dan ALLAH tidak pernah lupa pada hambanya.Dunia ini memang adil.Kita berhak untuk menyintai insan lain,Cuma janganlah kita lupa untuk menyintaiNYA.


Cinta itu indah,
Cinta itu buat kita bahagia,
Tapi janganlah salah memilih Cinta,
Kerana cinta juga akan buat kita merana……
Permata bermakna bagi manusia adalah cinta yang MAHA ESA…..

Saturday, January 3, 2009

Doktor Hati...

Sesetengah perkara berlaku tanpa kita duga.Mungkin ia satu takdir atau mungkin jgk suatu kebetulan.Hati kadang-kadang rasa tak sedap bila tak dapat gembirakan hati orang lain.Tapi...bila kita terlalu melayan perasaan rasa serba salah pun ada.Bila hati terlalu lembut dan mudah goyah,banyak kesilapan yang kita lakukan tanpa kita sedar.Bahaya pulak kita yang tanggung.Bila hati terlalu keras, dunia nie mcm serba tak kena bg kita.Mana tak nya,kebanyakan orang yang jenis hati keras nie sukar untuk dileburkan..kalau nak lembutkannya pun agak lama.Ibarat nak meluntur buluh yang dah tua.Banyak kesakitan yanag bakal kita rasa.Hidup ini terlalu banyak rahsia yang kita tak dapat teka.Segalanya hanya ALLAH sahaja yang tahu.Erm...Seresah mana pun hati, bila berhadapan dengan yang MAHA ESA hati yang resah hilang dan air mata pengubat segalanya...Betapa syukur nya bila kita berdepan denganNYA.Hanya ALLAH doktor segala penyakit yang kita rasa....

Friday, January 2, 2009

Cahaya Hidupmu...

Bila diri keseorangan kita perlukan teman.Tak perlu paksa hati dan diri kita untuk simpan segala duri yang menusuk ke dalam hidup kita.Kadang-kadang kita perlukan tempat untuk mengadu.Itulah gunanya ibu bapa,kakak dan abang,adek-adek serta kawan rapat.Niat dihati tak mahu melihat insan lain menderita ,tapi berkongsi cerita hidup boleh buat kita ceria.Semakin lama kita pendam,semakin pahit yang bakal kita rasa.Semua kesakitan itu hanya akan membuatkan kita menderita.Ibarat susu yang lama diperam,susu itu akan masam,malahan ia boleh menjadi racun pada sesiap yang meminumnya.Begitulah juga dengan hati.Semakin lama kita tahan,semakin banyak kesakitan yang akan kita rasakan.Ibarat malam tanpa cahaya bulan,segala-galanya kelam dan tidak indah lagi.Begitulah juga hidup manusia.Kita perlukan cahaya untuk menerangi segala jalan yang kita lalui.Indah nya malam disinari cahaya bulan.Begitulah indahnya perjalanan hidup kita jika ada warna-warna yang menyerikannya.