Wednesday, December 31, 2008

Warna_Warna Hidup

Ada orang pernah berkata,bila kita jadi watak utama dalam suatu keadaan, waktu itu merekalah manusia yang paling banyak tanggungjawab yang perlu dipikul,malahan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi lebih berat dari watak-watak sampingan.Orang kata mereka juga lah yang akan hadapi banyak cabaran dalam hidup mereka dan paling berpengalaman.Disebabkan itu lah mereka banyak menaggung kesakitan.Tapi diakhir perjalanan hidup,mereka akan mengecapi kebahagiaan yang akan memberi cahaya baru dalam hidup mereka.Pada waktu itu,giliran insan lain untuk mengambil tempat mereka.Bak kata orang watak utama ni pasti akn memberi cahaya pada orng lain disaat mereka diselebungi kegelapan.Erm...macam cerita "fairy tail" pulak.setiap watak utama pasti akan berakhir dengan 'Happy Ending".Contohnya Cinderella,akhirnya dia bertemu dengan lelaki yang benar-benar cintakannya dan hidup bahagia bersama putera idaman nya itu.Tapi hidup kita tak sama dengan cerita Cinderella yang akan berakhir dengan pengakhiran yang baik.Kita perlu berusaha gigih untuk hadapi segala ujian yang Allah turunkan.sekalipun hidup kita penuh dengan tangisan tapi sebenarnya hidup kita ni indah sekali.Penuh dengan warna-warni.

Sunday, December 28, 2008

Harapan...

Kadang-kadang perkara yang kita tak ingin berlaku pasti akan berlaku.Mungkin itulah namanya takdir.Manusia hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan segalanya.Cabaran yang paling sukar adalah kehilangan orang yang kita sayang.Tapi adat pertemuan pasti akan berpisah jua akhirnya.Hati sering permainkan kita.Adakala nya ia akan buat kita bahagia dan adakala nya ia akan buat kita merana,kecewa dan sedih.Tapi itu semua lumrah dunia.Kehilanagan insan yang kita sayang akan membuatkan kita merasa kesakitan yang sukar untuk diubati.Bila hati sakit hidup kadang-kadang menjadi tak menentu.Semua perkara bagai tak kena.Kita akan sentiasa mencuba mencari jalan supaya hati menjadi tenang semula.Pelbagai cara kita cuba lakukan tapi masih tak dapat lupakannya.Apabila manusia menerima sedikit tekanan, kita pasti mencari cara yang paling berkesan untuk meredakan hati yang begitu resah.Titisan air mata menjadi ubat untuk hilangkan segala rasa yang kita pendam mahupun sedih,kecewa,gelisah ,resah dan juga bila kita kehilanagan insan yang kita sayangi mahupun kawan,teman,sahabat,ibu dan ayah atau pun saudara mara kita.Perkara yang paling susah ditangani dalam hidup kita adalah berkenaan dengan perasaan. Tiada apapun yang boleh tangani melainkan diri kita sendiri.Tapi manusia seringkali mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masaalah.Kalau boleh kita tak mahu rasa sedikit pun kesakitan. Walaubagaimanapun,menghadapi kesakitan itu adalah cara yang paling baik untuk meredakan resah di hati.Kadangkala kita kena terluka dulu baru kita akan nampak cara untuk mengubatinya.Melayan hati yang lara sebenarnya hanya membuang masa kita untuk mencari jalan penyelesaian.Berdepan dengan masaalah itu lebih baik dari kita lari darinya,kerana suatu masa nanti kita pasti akan berdepan dengan masaalah yang sama.Lari darinya hanya akan menambahkan beban di hati.Percayalah hidup kita sebenarnya sangat adil.Bila ditelitikan kembali segala peristiwa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada ganjaran.Tapi kita buta dan mennganggap segala yang berlaku sebagai satu hukuman.Setiap yang pahit itu pasti ada hikmah nya...

Wednesday, November 5, 2008

Masa Akan Datang...

Kita tak mungkin tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.Tapi kita perlu merancang supaya apa yang kita igin capai akan menjadi kenyataan.Kita hanya insan biasa di dunia ini yang punya impian dan harapan.Untuk merealisasikan semua itu kadang2 kita perlu bekorban untuk memperoleh nya.Jangan cepat mengaku kalah dan putus asa, itu semua adalah penghalanag pada setiap impian kita dari menjadi realiti...Hidup ini sangt indah, walaupun hanya sementara kita berada di dunia ini tapi Allah beri kita begitu banyak kebahagiaan tak kira la dari segi apa pun.Ada sesetengah dari kita masih mampu tersenyum walaupun bahaya di depan mata, ada juga yang menangis bila gembira dan ada yang berani walaupun cabaran yang bakal ditempuh adalah sangat berat.Mungkin mereka ini lah insan yang mengenali kebesaran NYA.Dalam gelap pun mereka masih dapat melihat segala nikmat...mungkin kita belum kenal kebesaran yang maha ESA...Mungkin itu juga penyebab kenapa kita mudah menagalah dalam setiap perkara yang kita lakukan...Kita sering menganggap setiap kegagalan itu adlah kerana kelemahan diri sendiri.Tapi kita tak sedar itu juga satu petunjuk dan setiap perkara yang berlaku baik atau buruk segalanya terselindung himah yang tak dapat dibanyangkan sehinggalah ia berlaku dalam kehidupan seharian kita...Hari2 yang mendatang menunggu kita dengan penuh sabar...Adakah kita akan hadapainya dengan senyuman atau air mata...satu perkara yang perlu kita ingat...Air mata itu sangat beerti bila kita berdepan dengan NYA.Tapi elakkan lah titiskan air matamu ketika ujian menimpamu...Kerana itu tanda penyesalan mu pada apa yang telah berlaku. Semua ini berlaku dengan kehendaknya.Sekalipun ALLAH ingin menurunkan ujian pada hambanya.Ujian itu pasti dapat diharungi oleh kita...ALLAH takkan menghukum hambanya dengan menurunkan ujian.Tapi ujian tu diturunkan pada kita sebagai peringatan dan pengalaman yang bakal menjadi bekalan pada Masa akan datang............

Sunday, November 2, 2008

Perjuangan...

Setiap manusia di muka bumi ALLAH ini punyai tujuan hidup.Tujuan juga adalah satu matlamat yang ingin dicapai oleh setiap insan.Setiap insan ingin setiap matlamat mereka tercapai.Tapi sebagai manusia kita haruslah berusaha dan berjuang untuk memastikan setiap matlamat kita tercapai. Setiap perjuanagn yang kita lakukan pasti ada pengorbanan dan ALLAH sentiasa menguji umatnya dalam melakasanakan segala pekerjaan.begitu juga dalam hal ibadah.Bertuahnya kita jika kita sentiasa mendapat ujian dari NYA.kerana setiap ujian yang diterima adalah satu pengalaman yang mengajar kita menghadapi hari yang mendatang dengan lebih berani dan cekal. Pengalaman tak boleh dibeli tapi mesti dicari. Setiap ujian itu selalunya akan membuat kita resah.Tapi di akhirnya percayalah kita akan rasa kenikmatannya yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.Jadi hadapilah setiap ujian dengan hati yang terbuka,dan bagiku... ujian yang diberi oleh NYA adalah satu petunjuk bahawa ALLAH masih mengingati hamba-hambanya.Walaupun pada mulanya kita merasa sakit tapi disebalik ujian itu terselindung hikmah yang sangat bermakna.ALLAH tak mungkin menghukum hambanya hanya dengan ujian tapi ujian itu adalah satu pemberian yang sangat berguna bagi kita.

Friday, October 31, 2008

Ketenangan

Erm....hari-hari yang berlalu memberi kenangan yang indah dalam hidup.Walaupun kita perlu menghadapi banyak dugaan.Tapi bg insan yang mengenal erti sabar semua ini satu cabaran dan mereka hadapinya dengan hati yang tenang.Ketenangan yang paling indah sekali dalam hidup adalah bila perkara yang paling sukar dapat dihadapi dengan hati yang tenang.Tapi manusia mula hilang kesabaran, kita lupa bahawa setiap dugaan yang datang adalah ujiaan dari NYA.Dunia ini penuh dengan duri yang tajam yang sentiasa melukakan hati setiap manusia.Tapi jika tiada semua ini tak lengkaplah hidup.Air mata dan gelak tawa sentiasa menghiasi hidup manusia.Betapa indah nye ciptaan "ALLAH".Tak dapat dibayangkan kalau bumi ini gelap tanpa sedikit cahaya pun.Kegembiraan yang dinikmati mengingatkan kita pada NYA, iaitu "Maha Pencipta"Alhamdulillah...

Wednesday, October 29, 2008

Bermula Di sini...

Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya.Bila sampai saat nya nanti setiap yang hidup pasti akan mati.Dunia ini hanya sementara.Ia ibarat satu persinggahan bagi setiap manusia.Malangnya kita mudah lupa darimana asalnya manusia.Tapi kita tak pernah lupa suatu masa nanti kita akan kembali kepada NYA.Dan itu adalah kenyatan dunia.Sikap manusia yang mudah leka dengan dunia sementara ini mencetuskan pelbagai kisah. sekarang...bermula lah cerita dunia.