Sunday, October 2, 2016

Seindah Takdir


Tak pernah aku menyalahkan
Suratan dan ketentuan 
Yang tertulis dalam hidup
Aku tabah menerima takdir 
Ku pasrahkan 

Ku tinggalkan cinta yang terluka
Membawa diri dengan hati yang terlara
Pasrah jiwa melewati cinta
Tanda derita tersiksa

Ku berdoa ada kekuatan
Ku hulurkan salam kemaafan
Agar tenang jiwa lara
Tanpa dendam lama
Sehingga detik berlalu

Tuesday, March 8, 2016

Pesanan Buat Pecinta



Dear Hawa,

Carilah bakal suami yang tahu dan faham agama. InsyaAllah lelaki tersebut mampu menjaga kita sebaiknya. jangan seronok jika ada lelaki yang selalu ajak jumpa, nak text setiap masa itu bukan kemuliaan bagimu. kalau betul dia sayang, dia akan cari jalan untuk halalkan.

Wahai Adam,

Jika dikau tidak berniat atau tidak mampu untuk menikahi seorang wanita itu, janganlah dikau memberi harapan kepada wanita tersebut kerana lumrahnya hatinya mudah tersentuh dengan kata-kata dan janji manismu.

Peliharalah kesucian hubungan kamu dengan pernikahan kerana itu adalah jalan yang terbaik bagimu bagi mengecapi kebahagiaan yang diredhai Allah.

Monday, March 7, 2016

Jika Terakhir Buatku


Penghujung Destinasi

Oh Tuhan...
Hamba-Mu ini kekeliruan,
Sukar mencari jalan yang benar,
Kerana dipaut hasut dunia,
Mencintai yang lain lebih dari-Mu,

Oh Tuhan...
Hidayah-Mu pernah hadir,
Hingga kering airmata ku menitis,
Namun terkadang aku berpaling,
Kerana mengejar nikmat dunia sementara,

Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok untukku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu ohhh Tuhan...

Berikan daku kesempatan menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda dan sengaja melupakan-Mu
Hadirkan damai sebelum dihujung nafasku

Oh Tuhan...
Berikan daku pertunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redho-Mu
Izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu ohhh Tuhan...



Hati yang terluka...


Dugaan dan cubaan silih berganti hinggakan hati ini tidak mampu lagi menanggung kesakitannya. Hari-hari yang mendatang hanya menambahkan kepedihan pada luka lama yang masih berdarah. Namun kaki tetap kuat mengorak langkah demi meneruskan perjalanan hidup kerana bukan disini penamatnya. Sekalipun berkali-kali hati ini hancur yang tertinggal hanyalah serpihan yang tak mampu untuk dicantum lagi. Terlalu banyak luka yang ditanggung hingga tiada darah lagi yang mengalir. remuk berkecai ibarat kaca pecah di lantai. Bertaburan butir-butir kaca halus.

begitulah lumrah hidup, tiada manusia yang tidak akan terkecewa, hampa dan merana. Hidup ini masih punya keindahannya. Jangan diikutkan hati yang lara, kerana kau tidak akan bisa bangkit semula. Harapan mungkin hanya tinggal impian. Bina impian baru demi mencipta kebahagiaanmu. Kisah silam jadikan panduan agar kau tidak akan terluka buat kali keduanya. Allah sentiasa ada disisi dan jadikan agamamu tonggak utama. takdir hidup adakalanya menyakitkan tetapi Allah itu tidak kejam. Kebahagiaan yang kau harapkan mungkin bukan yang terbaik buatmu kernan sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Mungkin bukan hari ini kau menerima nikmat bahagia. tapi bersyukurlah dengan apa yang kau ada. 

Perancangan Allah itu maha hebat. Siapa tahu apa yang akan kau miliki di kemudian nanti. Cabaran hidupmu tidak berhenti disini. Semakin banyak kau diuji, semakin tinggi kasih sayang Allah padamu. Biar sepahit mana yang perlu kau telan, biar separah mana pun lukamu. Rintihan dan Doamu dirindui oleh yang Maha Esa. kerana kita yang bergelar khalifah sering terleka dengan nikmat yang sementara dan terlupa dengan pemberi segala nikmat itu. Inilah masa yang tepat uintuk kau kemabali padaNya. Yakinlah, Allah itu tahu ubat terbaik bagi semua luka-lukamu dan DIA juga adalah pemberi bahagia.


Sunday, March 6, 2016

Duhai hati...

Duhai hati, bertahanlah
Sekalipun berkali telah kau terluka
Duhai hati, bersabarlah
Jangan sesekali kau mengalah
Duhai hati, kuatlah
walau berkali kau diduga
Duhai hati, tabahlah
Kerana semuanya akan berubah
Duhai hati, percayalah
Aku takkan berputus asa



Meskipun beribu kali kau tersakiti,
Sekalipun dugaan datang tanpa henti
Aku takkan sesekali menyerah diri
Kerana sesungguhnya aku yakin pada Allah
Setiap perancangannya adalah yang terbaik
Mungkin sekarang kita menderita tapi...
Kebahagiaan akan muncul di penghujungnya.
Setiap luka itu pasti ada ubatnya
Aku mohon tetap kuat kerana aku tahu kau tidak selemah itu
Hati, berilah aku peluang untuk menjadi yang terbaik
Aku tak mampu berjanji yang kau tidak akan disakiti lagi
Tapi aku akan sentiasa ubati setiap kesakitan yang kau rasa.
Kau tidak akan pulih sepenuhya dalam masa yang singkat
Tapi kau akan peroleh kekuatan untuk harungi dugaan seterusnya.
Ya Allah, kuatkan hati-hati kami,
Sesungguhnya kami insan yang lemah,
Dan dengan kekuatan dariMu kami akan kuat
Walaupun berkali kami tersakiti,
Kerana kami sedar disebalik setiap ujian itu tesisip kekuatan
Untuk kami teruskan hidup ini dimasa akan datang

Thursday, March 3, 2016

Kembali pada yang Esa



Aku ingin pulih, aku ingin bahagia, aku ingin ketawa dan aku juga inginkan ketenangan jiwa, Disaat ini kita tercari-cari bagaimana untuk kita perolehi semua itu. Kita seolah-olah kehilangan sesuatu yang amat berharga. Bila itu yang kita rasa, kembalilah kepada yang Esa. Dekatkan dirimu denganNya. Suapi rohanimu dengan zikir, ayat suci Al-Quran dan Doa. Kerana selama ini mungkin tanpa kita sedar kita semakin jauh denganNya dan mungkin disaat itu Allah juga rindukan kita. Oleh itu, DIA turunkan ujian supaya kita kembali mengingatinya. Jika kau telah kembali, perkukuhkan imanmu, kuatkan semangatmu dan persiapkan dirimu kerana kau akan diuji lagi.

Perjalanan Hidup Ini Masih Panjang

Kuatkan kaki untuk melangkah meneruskan hidup. Perjalanan hidup ini masih panjang, jangan sesekali berhenti berusaha dan berharap selagi nyawamu masih dijasad. Sungguhpun hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran namun dari situlah kita perolehi kekuatan. Pengalaman mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih tabah dan matang. Adakala kita merasa dunia ini terlalu kejam tetapi yang kejam itu adalah manusia itu sendiri. Kita sering menyalahi takdir kerana bagi kita apa yang terjadi itu tidak adil tetapi pernahkah kita berfikir bahawasanya apa yang terjadi itu mungkin adalah yang terbaik. Kita mempunyai pilihan untuk berfikiran positif @ negatif tetapi kita lebih cenderung untuk berfikiran negatif dimana kita sering mempersoalkan kejadian yang menimpa kita dan kenapa mesti aku??? Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Allah tidak akan menganiayai hambaNya. Hanya kita hambaNya yang menganiayai diri kita sendiri tanpa kita sedari.




Wednesday, March 2, 2016

Bunga-bunga CintaMu

Assalammualaikum wahai hati...


Ya Allah, maaf kerana aku sering berbuat dosa
Ya Allah, maaf kerana aku terlalu berduka
Ya Allah, maaf kerana aku asyik dengan dunia
Ya Allah, maaf kerana aku lalai dan alpa
Ya Allah, terima kasih kerana mengejutkan aku dari tidur yang lena
Ya Allah, terima kasih kerana mencelikkan aku dari buta hati dan mata
Ya Allah, terima kasih kerana taubatku masih diterima

Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah. maaf atas segala dosa dan kesilapan laluku. Imanku terlalu rapuh dan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan. Namun begitu aku tidak akan pernah berputus asa kerana aku yakin dan percaya setiap perkara yang berlaku itu mahupun baik atau buruk punya hikmah tersendiri. Mungkin selama ini aku buta, kerana aku asyik dengan dunia hingga aku lalai dan alpa. Aku terlena diulik mimpi dan dibuai kenikmatan hidup di dunia sehingga mata dan hatiku dibutakan oleh keindahannya. Kini aku tersedar dari lenaku yang panjang bahawasanya diriku didorongi nafsu. Aku bersyukur kerana Engkau telah kembalikan aku ke jalan yang disirami cahaya kasihmu. Terima kasih kerana taubatku masih diterima sekalipun berulang kali aku mengulangin dosa yang sama. 

Begitulah manusia, kita seringkali lalai dan alpa. Namun Allah itu menyayangi kita lalu dia telah kejutkan kita dari keasyikan dunia dan memberi kita cahaya baru untuk kita menyambung cerita. Sesungguhnya Allah tidak pernah lupa akan hambanya sekalipun berulang kali hamabaNya itu melakukan kesilapan dan dosa malahan Allah sentiasa merancang yang terbaik buat hambaNya Kasih sayang Allah tiada batasannya. Kita sahaja yang tidak menyedari kerana kita mengejar cinta di dunia sekalipun kita tahu cinta sejati itu hanya boleh diperolehi dariNya. 

Hidup sebagai manusia kita akan harungi saat suka dan duka. Itulah warna kehidupan. Yang penting jangan pernah mengalah atau mengeluh. sekalipun  pahit telanlah kerana kemanisannya akan tiba jua maka bersabarlah. Janji Allah itu pasti, Allah percayakan kita, kerana itu dia turunkan ujian buat kita. Oleh itu, kita juga wajib untuk percaya padaNya. Semakin kuat kita diuji, semakin kuat sayang Allah pada hambaNya. Apa yang kita harungi itu adalah tiket untuk kita lebih dekat denganNya dan tiket untuk kita peroleh ketenangan. 

Terima kasih Allah, keranaMu hati yang mati kembali hidup, semangat yang hilang kembali berputik. Bunga-bunga cintaMu sahaja yang mampu bahagiakan hati-hati kami.

Thursday, January 3, 2013

Nasihat Nabi s.a.w




Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a 

Wahai Ali,
Bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata. 
2) Menjauhi segala yang haram. 
3) Merendahkan diri. 

Wahai Ali, 
Bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya 
2) Merahsiakan sedekahnya. 
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. 

Wahai Ali,
Bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji. 
2) Menjauhi kejahatan. 
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 

Wahai Ali, 
Bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Mengawasi dirinya. 
2) Menghisab dirinya. 
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Syurga Cinta




Jodoh dari syaitan
Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan dan terus berbuat maksiat kemudian baru kamu bernikah

Jodoh dari Jin
Kamu bomohkan dan sihirkan lelaki/perempuan yang kamu ske agar dia ske kepada kamu

Jodoh dari Allah
Kamu berdua berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu, kemudian kamu terus masuk meminang dan diterima pinangan kamu dan kemudian kamu menikah dan pernikahan itu berkekalan hingga ke akhir hayat. Itulah yang dikatakan Syurga Cinta

Saturday, December 22, 2012

Nafsu VS Iman


Manusia seperti kita yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan sering kali lupa apa yang dinamakan qada’ dan qadar. Setiap hari iman kita diuji, dan setiap saat nafsu cuba mengugat pendirian kita. Adakalanya iman itu teguh mempertahankan pendirian kita dan adakalanya juga kita kalah pada nafsu yang selama ini menjadi musuh ketat setiap insan di atas muka bumi Allah ini. Walau sejauh mana kaki ini melangkah nafsu tetap berada disisi menantikan saat kita menyerah diri. Iman pula jauh dilubuk sanubari menanti saat untuk berjuang lagi. Meskipun nafsu itu pemberian dari Ilahi namun jika tidak kita awasi sampai saatnya ia menikam diri. Kita dianugerahkan iman sebagi senjata diri yang perlu kita asah agar ia tidak pernah tumpul. Namun kita lupa berbuat demikian. Kita lalai dengan kebahagian yang kita peroleh walaupun hanya untuk sementara.


Disaat diri diuji dan bila kita perlu memilih adakalnya nafsu mengatasi iman hinggakan yang haram kita halalkan, Musnah diri kerana lemahnya iman. Hancurnya hati kerana kekecewaan. Menyesal kemudian tiada gunanya tapi penyesalan perlu ada kerana hidup tetap perlu diteruskan walau sepahit mana pun perlu kita telan. Jalan hidup ini bersimpang. Adakalnya kita tersalah pilih jalan tapi Allah sentiasa memberi peluang kedua buat hamba hambanya. Peluang yang takkan mungkin kita peroleh dari sesiapa di atas muka bumi ini. Sedarlah dari mimpi, masa silam kita hanya penghalang diri dari untuk ke hadapan. Apa yang penting adalah kembali ke jalan dimana kita yakin akan membawa kebahagiaan abadi. Meski selama ini berkali-kali kita terluka namun dengan izinNya pasti akan bertemu jua kebahagiaan yang tak terucap dengan kata-kata. Takdir adalah perkara yang telah ditetapkan olehNya. Itu adalah qada’ dan Qadar Nya. Terima dengan hati terbuka dan berusaha mengasah iman agar ia tetap tajam menusuk setiap nafsu yang datang menyerang. Semoga Allah berikan kekuatan. Amin Ya RabbalA’lamin...

Friday, December 21, 2012

Rahsia Hati

Jauh disudut hati ingin lari dari kenyataan kerana adakalanya ia amat menyakitkan. Namun hidup ini penuh dengan kejutan. Apa yang kita dambakan berbeza dengan apa yang akan kita peroleh. Hati meraung menangisi setiap detik yang kita lalui. Tapi semua itu takdir qada' dan qadar tuhan. Setiap dari kita diberi peluang untuk memilih dan setiap pilihan itu mempunyai pengakhiran yang berbeza. Mungkin pilihan itu membawa kebahagian atau mungkin juga kedukaan. Sebagai seorang manusia yang punya kelamahan ada masa nya kita akan tersalah membuat pilihan tatkala hati dirasuki nafsu dan bila iman insan jatuh menjunam. Kesilapan pasti berlaku kerana kita bukan makhluk yang sempurna. Dan adakalnya kesilapan itu berulang tanpa kita sedari. Menitis air mata menyesali setiap sesuatu namun malangnya masa itu tak dapat kita kembalikan. Yang terjadi tetap terjadi jika itu ketentuanNya. Kita mula persalahkan diri hingga ke akhirnya tapi semua itu tiada pengakhiranya. Menyesali sesuatu adalah tindakan yang benar tapi setiap kejadian punya hikmah tersembunyi. Sekalipun yang terjadi itu adalah perkara yang paling teruk. Senyuman terukir menyembunyikan segala kesakitan tetap ada mata yang terlihat luka itu. namun yang tahu keparanhan luka itu adalah kita sendiri. Sekalipun pada luaranya indah namun tiada siapa yang tahu akan isinya. Tiada kesakitan yang tiada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah kembali pada yang Esa, Kerana disitu juga kita bermula. Ku ingin bersujud memohon kemaafan dariNya meskipun hati merasa malu. Dari sujud ke sujud ku pohon agar dikuatkan hati dan dikukuhkan iman kerana aku insan yang tak sempurna dan tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Ya Allah sekiranya doaku masih didengari perkenankanlah.

Monday, September 10, 2012

Kokora Wa Doko?



"When we meet, a bond between us is born for the first time. Our hearts aren't inside our bodies. When we think of something, or care about someone that is where our hearts are born. If you were the only person in the entire world then your heart wouldn't be anywhere. Nothing to worry, if you wish all your heart to stay here then your heart will remain here. If your heart is here, then that’s why you should be here." Entrust your hearts to your friends; it will continue to live on inside of them."



Friday, September 7, 2012

Decision



"The reason decision is difficult is either because the difference between the two is very small or the outcome of either is completely unknowable. It doesn't matter which you choose. Choose the one that leaves you with a clear conscience that makes you happy that brings you closer to your long-term goal without demanding too much sacrifice on your part now. There are no rights or wrong decision. Just decision that lead us down different path in life"

Thursday, August 2, 2012

Cerita Hati



Liku-liku hidup buat kita kenal erti sebuah kehidupan. Sekalipun tak jelas namun semua itu membantu agar kita lebih kuat untuk hadapi kenyataan. Nadi takkan pernah terhenti jika memang takdir nyawa masih di jasad. Apa pun yang bakal ditempuhi, selagi jantung masih berdenyut hidup mesti diteruskan. Mendongak ke langit, membuka hati supaya hati itu takkan pernah mengalah sekali pun pernah hancur. Yang berkecai itu adalah apa yang di fikirkan namun hati ini sebenarnya jauh lebih kuat malah mampu menerima setiap cabaran sekalipun berkali-kali terluka. Percaya akan takdir, mahupun takdir itu memilukan mungkin itu yang terbaik. Terlalu banyak misteri, kerana itu dunia ini indah. Namun tanpa kesabaran hati bergolak ingin membongkar segala rahsia tanpa lalui jalan sepatutnya. Dari situ bermulanya cerita dunia. Tak perlu tergesa-gesa, amati setiap saat itu sepenuhnya kerana kita takkan memilikinya lagi. Itu pemberian pertama dan terakhir saat itu. Hargai setiap masa, setiap detik itu amat beharga. Sekalipun waktu yang kita peroleh hanyalah kesakitan bisik pada hati bahawasanya Allah punya cerita sendiri buat kita.

Realiti @ Fantasi



"Kadang-kadang kepura-puraan itu dapat membahgiakan seseorang meskipun ia bukan realiti. Paling kurang dengan berpura-pura kita mungkin dapat buat sesorang insan mengukirkan senyuman. "Adakalnya realiti itu lebih menyakitkan malah membuat seseorang bermuram dan murung. Namun itu kenyataan hidup yang perlu kita telan. Sekalipun pahit untuk ditelan, tapi itu ubat untuk kesakitan akan datang."

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah




Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah




Ungu ft. Rossa


Wednesday, February 29, 2012

Hiburan Yang Mubah



"Senangkanlah hati dari masa ke semasa. Sebab apabila hati itu dibuat benci, maka dia akan menjadi buta"

Ali Radhiyallahu Anhu

Hak ke atas orang yang berakal untuk tidak melalaikan 4 waktu:

~Waktu dia bermunajat kepada Tuhan-Nya~
~Waktu dia memperhitungkan dirinya sendiri~
~Waktu dia harus berkumpul dengan saudara-saudaranya yang mengkhabarkan aibnya dan mereka membenarkan tentang dirinya~
~Waktu dia bersama dirinya sendiri di antara berbagai kenikmatan selagi halal dan terpuji~

Sesungguhnya pada saat ini terdapat pertolongan terhadap waktu-waktu yang lain

Wahab Bin Munabbih : Keluarga Daud




Sunday, February 26, 2012

Cahaya HidayahNya





"Sesungguhnya sakit orang Muslim itu membuat Allah menghilangkan  kesalahan-kesalahannya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran emas dan perak."

Oleh itu gembira lah sekiranya takdir menguji, cekalkanlah hati hadapilah dengan tenang. Berusaha serta berdoa, InsyaAllah dengan restu Illahi kelak pasti ditemui cahaya hidayahNya.

HambaMu




Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati


Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati yang terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah


Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa


Mawi & Akhil Hayy