Sunday, October 2, 2016

Seindah Takdir


Tak pernah aku menyalahkan
Suratan dan ketentuan 
Yang tertulis dalam hidup
Aku tabah menerima takdir 
Ku pasrahkan 

Ku tinggalkan cinta yang terluka
Membawa diri dengan hati yang terlara
Pasrah jiwa melewati cinta
Tanda derita tersiksa

Ku berdoa ada kekuatan
Ku hulurkan salam kemaafan
Agar tenang jiwa lara
Tanpa dendam lama
Sehingga detik berlalu

Tuesday, March 8, 2016

Pesanan Buat Pecinta



Dear Hawa,

Carilah bakal suami yang tahu dan faham agama. InsyaAllah lelaki tersebut mampu menjaga kita sebaiknya. jangan seronok jika ada lelaki yang selalu ajak jumpa, nak text setiap masa itu bukan kemuliaan bagimu. kalau betul dia sayang, dia akan cari jalan untuk halalkan.

Wahai Adam,

Jika dikau tidak berniat atau tidak mampu untuk menikahi seorang wanita itu, janganlah dikau memberi harapan kepada wanita tersebut kerana lumrahnya hatinya mudah tersentuh dengan kata-kata dan janji manismu.

Peliharalah kesucian hubungan kamu dengan pernikahan kerana itu adalah jalan yang terbaik bagimu bagi mengecapi kebahagiaan yang diredhai Allah.

Monday, March 7, 2016

Jika Terakhir Buatku


Penghujung Destinasi

Oh Tuhan...
Hamba-Mu ini kekeliruan,
Sukar mencari jalan yang benar,
Kerana dipaut hasut dunia,
Mencintai yang lain lebih dari-Mu,

Oh Tuhan...
Hidayah-Mu pernah hadir,
Hingga kering airmata ku menitis,
Namun terkadang aku berpaling,
Kerana mengejar nikmat dunia sementara,

Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok untukku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu ohhh Tuhan...

Berikan daku kesempatan menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda dan sengaja melupakan-Mu
Hadirkan damai sebelum dihujung nafasku

Oh Tuhan...
Berikan daku pertunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redho-Mu
Izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu ohhh Tuhan...



Hati yang terluka...


Dugaan dan cubaan silih berganti hinggakan hati ini tidak mampu lagi menanggung kesakitannya. Hari-hari yang mendatang hanya menambahkan kepedihan pada luka lama yang masih berdarah. Namun kaki tetap kuat mengorak langkah demi meneruskan perjalanan hidup kerana bukan disini penamatnya. Sekalipun berkali-kali hati ini hancur yang tertinggal hanyalah serpihan yang tak mampu untuk dicantum lagi. Terlalu banyak luka yang ditanggung hingga tiada darah lagi yang mengalir. remuk berkecai ibarat kaca pecah di lantai. Bertaburan butir-butir kaca halus.

begitulah lumrah hidup, tiada manusia yang tidak akan terkecewa, hampa dan merana. Hidup ini masih punya keindahannya. Jangan diikutkan hati yang lara, kerana kau tidak akan bisa bangkit semula. Harapan mungkin hanya tinggal impian. Bina impian baru demi mencipta kebahagiaanmu. Kisah silam jadikan panduan agar kau tidak akan terluka buat kali keduanya. Allah sentiasa ada disisi dan jadikan agamamu tonggak utama. takdir hidup adakalanya menyakitkan tetapi Allah itu tidak kejam. Kebahagiaan yang kau harapkan mungkin bukan yang terbaik buatmu kernan sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Mungkin bukan hari ini kau menerima nikmat bahagia. tapi bersyukurlah dengan apa yang kau ada. 

Perancangan Allah itu maha hebat. Siapa tahu apa yang akan kau miliki di kemudian nanti. Cabaran hidupmu tidak berhenti disini. Semakin banyak kau diuji, semakin tinggi kasih sayang Allah padamu. Biar sepahit mana yang perlu kau telan, biar separah mana pun lukamu. Rintihan dan Doamu dirindui oleh yang Maha Esa. kerana kita yang bergelar khalifah sering terleka dengan nikmat yang sementara dan terlupa dengan pemberi segala nikmat itu. Inilah masa yang tepat uintuk kau kemabali padaNya. Yakinlah, Allah itu tahu ubat terbaik bagi semua luka-lukamu dan DIA juga adalah pemberi bahagia.


Sunday, March 6, 2016

Duhai hati...

Duhai hati, bertahanlah
Sekalipun berkali telah kau terluka
Duhai hati, bersabarlah
Jangan sesekali kau mengalah
Duhai hati, kuatlah
walau berkali kau diduga
Duhai hati, tabahlah
Kerana semuanya akan berubah
Duhai hati, percayalah
Aku takkan berputus asa



Meskipun beribu kali kau tersakiti,
Sekalipun dugaan datang tanpa henti
Aku takkan sesekali menyerah diri
Kerana sesungguhnya aku yakin pada Allah
Setiap perancangannya adalah yang terbaik
Mungkin sekarang kita menderita tapi...
Kebahagiaan akan muncul di penghujungnya.
Setiap luka itu pasti ada ubatnya
Aku mohon tetap kuat kerana aku tahu kau tidak selemah itu
Hati, berilah aku peluang untuk menjadi yang terbaik
Aku tak mampu berjanji yang kau tidak akan disakiti lagi
Tapi aku akan sentiasa ubati setiap kesakitan yang kau rasa.
Kau tidak akan pulih sepenuhya dalam masa yang singkat
Tapi kau akan peroleh kekuatan untuk harungi dugaan seterusnya.
Ya Allah, kuatkan hati-hati kami,
Sesungguhnya kami insan yang lemah,
Dan dengan kekuatan dariMu kami akan kuat
Walaupun berkali kami tersakiti,
Kerana kami sedar disebalik setiap ujian itu tesisip kekuatan
Untuk kami teruskan hidup ini dimasa akan datang

Thursday, March 3, 2016

Kembali pada yang Esa



Aku ingin pulih, aku ingin bahagia, aku ingin ketawa dan aku juga inginkan ketenangan jiwa, Disaat ini kita tercari-cari bagaimana untuk kita perolehi semua itu. Kita seolah-olah kehilangan sesuatu yang amat berharga. Bila itu yang kita rasa, kembalilah kepada yang Esa. Dekatkan dirimu denganNya. Suapi rohanimu dengan zikir, ayat suci Al-Quran dan Doa. Kerana selama ini mungkin tanpa kita sedar kita semakin jauh denganNya dan mungkin disaat itu Allah juga rindukan kita. Oleh itu, DIA turunkan ujian supaya kita kembali mengingatinya. Jika kau telah kembali, perkukuhkan imanmu, kuatkan semangatmu dan persiapkan dirimu kerana kau akan diuji lagi.

Perjalanan Hidup Ini Masih Panjang

Kuatkan kaki untuk melangkah meneruskan hidup. Perjalanan hidup ini masih panjang, jangan sesekali berhenti berusaha dan berharap selagi nyawamu masih dijasad. Sungguhpun hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran namun dari situlah kita perolehi kekuatan. Pengalaman mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih tabah dan matang. Adakala kita merasa dunia ini terlalu kejam tetapi yang kejam itu adalah manusia itu sendiri. Kita sering menyalahi takdir kerana bagi kita apa yang terjadi itu tidak adil tetapi pernahkah kita berfikir bahawasanya apa yang terjadi itu mungkin adalah yang terbaik. Kita mempunyai pilihan untuk berfikiran positif @ negatif tetapi kita lebih cenderung untuk berfikiran negatif dimana kita sering mempersoalkan kejadian yang menimpa kita dan kenapa mesti aku??? Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Allah tidak akan menganiayai hambaNya. Hanya kita hambaNya yang menganiayai diri kita sendiri tanpa kita sedari.