Monday, May 3, 2010

Pilihan

Bukan mudah untuk membuat pilihan. Resah dibuatnya bila terlalu memikirkannya. Walaubagaimanapun, kita perlu memilih sama ada pilihan itu benar atau tidak kita takkan tahu sehinggalah sampai saatnya kita sendiri akan sedar akan kebenarannya. Pemilihan memerlukan pertimbangan. Kita perlu fikirkan baik buruk setiap pilihan itu. Tapi belum tentu pilihan itu betul dan adakalnya pilihan itu bukanlah yang terbaik. Sama ada kita sedar atau tidak semua ini ujian dariNYA. Kadangkala kita cuba melarikan diri, kita tak mahu buat pilihan. Tapi, hidup ini memerlukan kita untuk memilih. Jangan takut kalau salah pilih, belum tentu pilihan yang salah itu membawa keburukan, tapi mungkin disitu kita dapat lihat hikmahnya. Mungkin diakhirnya pilihan itu adalah yang tepat.Pertimbangan yang kita buat tak semestinya adalah yang terbaik. Mungkin dari pandangan kita itu yang terbaik tapi adakalanya kita terlepas pandang apa yang paling penting dalam kita membuat suatu pilihan. Mungkin kita tak nampak tapi ALLAH itu maha mengetahui. Kesimpulannya, jangan takut untuk buat pilihan sekalipun ia sukar tapi jangan pernah untuk lari kerana ia lebih menyakitkan. Kadangkala kita tak perlu terlalu memikirkan kan akibat atau kesan atas keputusan yang kita ambil. Kerana disitu nampak apa yang cuba kita jauhi iaitu kesusahan yang bakal kita tempuh dihari mendatang. Lalui hidup ini dengan jiwa yang tenang. kadangkala kita perlu jadi lalang dimana kita ikut arus namun jangan kita hanyut...

Monday, April 19, 2010

Hikmah itu Manis

Sesuatu perkara yang terjadi itu pasti ada hikmah yang tersembunyi yang tak dapat dilihat dengan mata kasar atau dengan hati yang resah. Tapi mungkin dapat difahami dengan jiwa yang tenang dan fikiran yang terbuka.Namun kemanisannya tak mungkin dapat diluahkan dengan kata-kata.

Sunday, March 28, 2010

Seluas Lautan

Lautan yang luas itu boleh digambarkan perjalanan hidup seorang manusia. Namun biar seluas mana pun lautan itu pasti akan ketemu jua penghujungnya. Walaupun, kita tak dapat lihat bagaimana rupa penghujungnya namun kita tetap ingin mencarinya. Kita cuba merentas lautan yang besar itu. Ada ketikanya kita singgah disatu perhentian mencari-cari pengalaman dalam masa yang sama cuba mencari kepastian adakah itu destinasinya. Namun perjalanan ini masih jauh. Terlalu banyak kazanah yang belum sempat kita terokai. Oleh kerana itu, kita cuba mendalami isinya. Semakin lama semakin dalam kita terjah. Ada diantaranya berusaha untuk sampai ke dasar lautan , ada yang masih terapung dipertengahan jalan dan disitu mereka mula memilih untuk meneruskan perjuangan atau menyerah kalah. Ada pula yang masih di titik mula kerana mereka takut untuk hadapi masa depan. Mungkin juga mereka ragu-ragu dengan kemampuan diri masing-masing dan yang paling menyedihkan ada diantara mereka yang tidak pernah ingin mencuba meneruskan perjalanan dan menyerah kalah walaupun masih berpeluang untuk memilih. Bagi yang berkeyakinan sederas mana pun arus mereka tetap ingin meneruskan perjalanan walaupun apa yang bakal mereka tempuh adalah sesuatu yang menyakitkan.Manusia memang mengagumkan. walau mereka tahu isi dunia ini bukan untuk selamanya dan usaha mereka belum tentu mendatangkan hasil yanag seperti diidamkan namun mereka tetap mencuba walau pun ia amat menyakitkan. Walaubagaimanapun, Allah sentiasa bertindak adil pada hamba-hambanya. Setiap ujian, dugaan dan kesakitan yang kita rasai bukan semata-mata untuk menyeksa kita tetapi jalan penyelesaian bagi kesulitan yang bakal kita tempuh dihari mendatang. Namun, tak ramai yang dapat melihat hikmah itu kerana mereka tak sanggup hadapi kesakitan itu. walaupun ia amat menyakitkan tetapi nilainya terlalu mahal. Sebagai manusia kita perlu hargai apa yang kita miliki walaupun itu bukan kehendak kita. Kerana manusia tidak memiliki apa dan semuanya hanya pinjaman dan tidak kekal. Apa yang bakal kekal dalam diri adalah iman tetapi ianya perlu dipelihara.

Thursday, October 29, 2009

Hari - Hari Yang Berlalu

Kita sering merancang tapi Tuhan yang menentukan. Kadang - kadang tak semua yang kita rancang menjadi kenyataan dan adakalanya yang tak pernah terpikir hadir dalam hidup kita. Manusia sering berharap dan setiap harapan itu punya nilai yang tersendiri dan amat bermakana bg setiap insan. Bila dugaan datang , segala yanag diimpikan hancur dipertengahan jalan. Bila diri terlalu menginginkan sesuatu itu, kita pasti cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya. Tapi tanpa diduga ia punah dan diakhirnya batin yang merana. Hari - hari yang berlalu telah bnyak mengukir cerita dalam hidup kita. Setiap yang tersirat pasti akan tersurat. dan setiap yang tersurat itu belum tentu adalah satu perkara yang baik. Adakalanya ia akan lebih menyakitkan. Musim bunga tak mungkin kekal selamanya, musim sejuk pasti akan berpanas jua. Bila difikirkan kembali, manusia ingin melihat setiap harapan mereka menjadi kenyataan. Setiap yang kita pinta belum tentu yang terbaik untuk kita. Dan bukan semua yang kita benci akan buat kita merana. Realitinya sesuatu yang kita tak suka datang menerpa tanpa isyarat. walaubagaimanapun, setiap yang berlaku itu ada sebab dan akibatnya. Ibarat kisah cinta, belum tentu insan yang benar - benar kita sayang adalah insan yang bakal bergelar suami/isteri. Hidup ini ibarat teater hidup. Malah mungkin hebat dari itu. Sesiapa pun boleh menjadi watak utama. Bukan mudah untuk kita mengubah apa yang telah tersutrat. Cara yang lebih baik adalah terimalah dengan hati yang terbuka. Hadapilah ia dengan tabah dan tenang. Dan hiasilah wajahmu dengan senyuman...

Thursday, June 18, 2009

Takdir

Kita sering belajar dari perkara yang berlaku dalam hidup yang kita gelar sebagai pengalaman.Kadang-kadang kita tak sedar perkara itu berulang pada masa akan datang…Manusia sering lupa kesilapan yang mereka pernah lakukan sebelumnya.Memang kita tak pernah minta semua itu terjadi tetapi dengan kehendaknya perkara itu pasti akan berlaku.Apa pun sesuatu yang kita tak nak pasti akan muncul jua , apa yang berbeza adalah masa ia menjadi realiti.Memang benar perkara yang tidak kita ingini pasti berlaku sebaliknya perkara yang kita harap-harapkan belum tentu menjadi kenyataan.Itu lah kehidupan,walaubagaimanapun setiap yang tersirat akan tersurat.Begitu jualah hidup,apa yang terjadi pasti ada sebab yang munasabah.Mungkin kita belum berpeluang untuk melihatnya.Masa akan terus beredar meninggalkan sejarah.semakin jauh kita dari sejarah baru lah kita nampak hikmah yang terselindung. Ya memang betul,kadang-kadang yang berlaku itu melukakan banyak hati.Tapi itu bukan kehendak kita, kesilapan itu pun adalah kehendakNYA.Kita sedar semua itu bila kita nampak kesannya.Dunia ini penuh dengan tanda tanya dan sangat misteri.Adakalanya ia mengembirakan dan adakala juga ia amat menyakitkan.Well,pengalaman mengajar kita erti hidup.Sebenarnya kita sering berpura-pura bukan sahaja pada insan lain tapi juga pada diri sendiri.Bila diteliti kembali kita sering menafikan apa yang kita rasa walaupun ia adalah benar.Sometimes it is very hard to be an honest person.Itulah, bukan mudah untuk menjadi orang yang baik.Tetapi setiap kali kita mencuba pasti ada dugaan nya.Yang lemah pasti akan berputus asa,pada yang kuat sekalipun mereka terluka mereka tetap teruskan perjuangan. Bila waktu semakin suntuk,kadang-kadangtak semua dapat capai cita-cita mereka.walaubagaimanapun dugaan dan kelukaan yang mereka rasa membuatkan mereka percaya sekalipun perjuangan masih belum selesai tapi Allah telahpun menjadikan nya kenyataan.Betulkan, dunia ini penuh dengan misteri yang belum terungkai.

Wednesday, June 17, 2009

Belenggu Nafsu

Kadang2x kita sering tertanya kenapa diri sering mengulangi perkara yang telah pun kita kesali.Pada dasarnya diri tidak ingin mengulanginya kembali tapi seolah-olah terdorong untuk melakukannya.Kemudian kita kesali lagi.Dalam tak sedar perkara itu telah berlaku lebih dari yang kita jangka.Hingga saat itu kita mula rasa takut,kecewa,dan mula menganggap diri tidak berguna.Ada pula yang berfikir bahawa diri ini tidak layak untuk menerima keampunan NYA...Pada saat itu air mata mula menitis mengharapkan segala keresahan hilang.Dua pertiga malam kita mula bertaubat atas segala dosa yang kita kumpul selama hidup ini.Disaat itu segala perasaan menyelubungi.Tetapi disaat itulah kita peroleh ketenangan.Dunia yang penuh pancaroba ini membuatkan kita tertekan untuk mempertahankan yang benar.Dari itu Allah menguji hambanya sedikit demi sedikit.Mula dari diri sendiri.Selagi kita kalah pada nafsu diri kita sendiri selagi itulah kita terbelenggu dengan kegelapan.Nafsu sering membelenggu kita,dari itu kita haruslah berusaha mengatasinya.Selagi kita tidak berputus asa kita pasti dapat atasi nya.Hidup ini selalu menguji kita.Allah sentiasa perhatikan hamba-hambanya...Sekalipun kita lupa dan lalai menjalankan perintahnya...Tapi Allah itu maha pengampun.Dia sentiasa beri peluang kedua kepada hamba-hambanya...Tapi ada dikalangan kita mensia-siakan peluang ynag diberi.Allah bersifat pemurah pada hambanya.Cuba kita kenangkan kembali segala anugerah yang kita perolehi...pasti tak terkira bayaknya...

Tuesday, June 16, 2009

Pantun Dunia

Hujan mencurah ibarat tangisan,
Air mata jatuh berlinangan,
Dunia ini hanya pinjaman,
Sementara nyawa dikandung badan.

Bunga sekuntum menjadi hiasan,
Buat tatapan beribu insan,
Manusia alpa keakhir zaman,
Luput ingatan kepada Tuhan.

Bila mentari mula bercahaya,
Alam mula gelap gelita,
Hidup kita tak kekal selamanya,
Kepada Allah kembali jua.