Wednesday, December 31, 2008
Warna_Warna Hidup
Ada orang pernah berkata,bila kita jadi watak utama dalam suatu keadaan, waktu itu merekalah manusia yang paling banyak tanggungjawab yang perlu dipikul,malahan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi lebih berat dari watak-watak sampingan.Orang kata mereka juga lah yang akan hadapi banyak cabaran dalam hidup mereka dan paling berpengalaman.Disebabkan itu lah mereka banyak menaggung kesakitan.Tapi diakhir perjalanan hidup,mereka akan mengecapi kebahagiaan yang akan memberi cahaya baru dalam hidup mereka.Pada waktu itu,giliran insan lain untuk mengambil tempat mereka.Bak kata orang watak utama ni pasti akn memberi cahaya pada orng lain disaat mereka diselebungi kegelapan.Erm...macam cerita "fairy tail" pulak.setiap watak utama pasti akan berakhir dengan 'Happy Ending".Contohnya Cinderella,akhirnya dia bertemu dengan lelaki yang benar-benar cintakannya dan hidup bahagia bersama putera idaman nya itu.Tapi hidup kita tak sama dengan cerita Cinderella yang akan berakhir dengan pengakhiran yang baik.Kita perlu berusaha gigih untuk hadapi segala ujian yang Allah turunkan.sekalipun hidup kita penuh dengan tangisan tapi sebenarnya hidup kita ni indah sekali.Penuh dengan warna-warni.
Sunday, December 28, 2008
Harapan...
Kadang-kadang perkara yang kita tak ingin berlaku pasti akan berlaku.Mungkin itulah namanya takdir.Manusia hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan segalanya.Cabaran yang paling sukar adalah kehilangan orang yang kita sayang.Tapi adat pertemuan pasti akan berpisah jua akhirnya.Hati sering permainkan kita.Adakala nya ia akan buat kita bahagia dan adakala nya ia akan buat kita merana,kecewa dan sedih.Tapi itu semua lumrah dunia.Kehilanagan insan yang kita sayang akan membuatkan kita merasa kesakitan yang sukar untuk diubati.Bila hati sakit hidup kadang-kadang menjadi tak menentu.Semua perkara bagai tak kena.Kita akan sentiasa mencuba mencari jalan supaya hati menjadi tenang semula.Pelbagai cara kita cuba lakukan tapi masih tak dapat lupakannya.Apabila manusia menerima sedikit tekanan, kita pasti mencari cara yang paling berkesan untuk meredakan hati yang begitu resah.Titisan air mata menjadi ubat untuk hilangkan segala rasa yang kita pendam mahupun sedih,kecewa,gelisah ,resah dan juga bila kita kehilanagan insan yang kita sayangi mahupun kawan,teman,sahabat,ibu dan ayah atau pun saudara mara kita.Perkara yang paling susah ditangani dalam hidup kita adalah berkenaan dengan perasaan. Tiada apapun yang boleh tangani melainkan diri kita sendiri.Tapi manusia seringkali mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masaalah.Kalau boleh kita tak mahu rasa sedikit pun kesakitan. Walaubagaimanapun,menghadapi kesakitan itu adalah cara yang paling baik untuk meredakan resah di hati.Kadangkala kita kena terluka dulu baru kita akan nampak cara untuk mengubatinya.Melayan hati yang lara sebenarnya hanya membuang masa kita untuk mencari jalan penyelesaian.Berdepan dengan masaalah itu lebih baik dari kita lari darinya,kerana suatu masa nanti kita pasti akan berdepan dengan masaalah yang sama.Lari darinya hanya akan menambahkan beban di hati.Percayalah hidup kita sebenarnya sangat adil.Bila ditelitikan kembali segala peristiwa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada ganjaran.Tapi kita buta dan mennganggap segala yang berlaku sebagai satu hukuman.Setiap yang pahit itu pasti ada hikmah nya...
Subscribe to:
Posts (Atom)